Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2021 Online, Bayaran Bulanan RM300 (RMR). Nak bina rumah sendiri? Berita baik buat rakyat Malaysia yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000 yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mempelawa kepada pemohon yang berkelayakan untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) tahun 2021. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) atau hadir ke cawangan SPNB.

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2021 Online, Bayaran Bulanan RM300 (RMR)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Rumah Mesra Rakyat termasuk memaparkan syarat kelayakan, ciri perumahan dan cara mohon :
Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat
Antara syarat-syarat kelayakan Program Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
- Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan
NOTA:
a. Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
b. Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.
Ciri-Ciri Program Rumah Mesra Rakyat

Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat



Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Online
1. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi SPNB
https://rmr.spnbonline.com.my/.
2. Klik pendaftaran baru.
3. Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID.
4. Satu email / SMS mengandungi butiran login ID dan kata laluan akan dihantar kepada email / nombor telefon yang didaftarkan oleh pemohon.
5. Gunakan login ID dan kata laluan yang diberikan dan Borang Pra-Pendaftaran akan dimuat turun.
6. Isi maklumat ke dalam sistem oleh pemohon.
7. Klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang.
8. Memajukan borang beserta dokumen asal yang diperlukan kepada SPNB.
Untuk keterangan lanjut boleh dapatkan di cawangan SPNB berdekatan atau layari
https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/
BACA JUGA :



Saya golongan b40tidak memiliki rumah sendiri ,hanya menyewa
Kami menyewa rumah selama 15 tahun dan tidak mempunyai rumah persendirian kerana pendapatan yang dimiliki kami sekeluarga dalam masa sebulan tidaklah begitu banyak.Harap anda dapat membantu kami.Terima kasih
Saya ibu tunggal ..Saya ingt sngt memohon rumah mesra rakyat ni…tapi kena ada tabah sendiri ke? Mohon pencerahan…bagaimana boleh Saya dapat…..mohon pencerahan
Saya puan roze yaakob,saya mengalami masalah pendaftaran,saya call pihak spnb langsung tiada respon..tolong bantu saya
Assalamualikum….
Saya golongan b40 tidak memilik rumah sendiri hanya menyewa…
Kami menyewa rumah selama 21 tahun dan tidak mempunya rumah persendirian kerana pendapatan yg di miliki kami sekeluaga tidaklah bergitu banyak.harap anda dapat membantu kami. Terimakasih
Assalamualaikom .. Kmi sekluarga sudh myewa 21thun .. Pndpatan kluarga xmmpu utk mbeli rumah Yang sgt mhal sekrg ….mempunyai tnah sendri tpi ats nama arwah nenek ibu sy .. mcm na ya nk memohon umh mesra nie…
saya sudah 6 tahun berkeluarga hidup hanya menyewa harap ada pihak sedia membantu terima kasih
Assalammualaikum…. Kami myewa dh hampir 21th…..saya dh online permohonan RmR…. Borang tu saya dh bgi pd spnb limbongan bulan 11 2020…..sampi skrg tk ada jwpan apa2…. Apa hal saya ada tanah sendiri kt tanjung Pinang…. Saya hrp sangat2 semoga dipermudahkn… Tgl la kami…. Saya bukan org senang keje cleanner…suami keje sendiri