Pendaftaran, Tuntutan Dan Semakan Kelayakan MySalam Bagi Penerima BSH, Terima Bantuan RM8,000 One-off. Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020 yang berpendapatan rendah B40. Untuk makluman, penerima BSH 2020 bagi kategori B40 akan dimasukkan dalam Skim MySalam. Sebelum itu, anda perlu membuat semakan kelayakan MySalam secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi MySalam.

Skim Pelindungan Masyarakat atau dikenali sebagai Skim mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan memberikan perlindungan takaful kepada individu di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui Tabung Amanah mySalam. Skim Perlindungan Nasional B40 menawarkan perlindungan kesihatan kepada penerima Bantuan Sara Hidup yang layak bagi 36 jenis penyakit kritikal.
Pendaftaran, Tuntutan Dan Semakan Kelayakan MySalam Bagi Penerima BSH, Bantuan One-Off RM8,000
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang MySalam Skim Perlindungan Nasional B40 termasuk memaparkan syarat kelayakan, manfaat dan semakan status :
Syarat Kelayakan MySalam Skim Perlindungan Nasional B40
Antara syarat-syarat kelayakan Skim MySalam adalah seperti berikut :
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari
Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan sehingga RM100,000 setahun.
Manfaat Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
Penyakit kritikal RM4,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

Senarai Penyakit Dilindungi Skim MySalam
Antara senarai penyakit dilindungi Skim Perlindungan Nasional B40 adalah seperti berikut:
- Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
- Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
- Meningitis Bakteria
- Tumor Otak Benigna
- Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
- Pembedahan Otak
- Kanser
- Kardiomiopati Teruk
- Anemia Aplasia Kronik
- Koma
- Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
- Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis/encephalitis
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru
- AIDS Peringkat Teruk
- Hepatitis Virus Fulminan
- Serangan Jantung
- Pembedahan Injap Jantung
- HIV Akibat Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Pertuturan
- Trauma Kepala Utama
- Pemindahan Organ Utama/ Sum
- Penyakit Neuron Motor
- Sklerosis Berbilang
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan / Paraplegia
- Penyakit Parkinson
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
- Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
- Strok
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
- Pelecuran Tahap Ketiga
Manfaat MySalam
a. Bagi penerima Bantuan Sara Hidup, pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.
b. Bagi bukan penerima BSH, pembayaran tunai RM4,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.
Nota: Bagi mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun.
Cara Pendaftaran Skim MySalam
Bagi penerima BSH 2020 layak menerima secara automatik dalam skim MySalam.
Cara Semak Kelayakan MySalam
Semakan kelayakan skim MySalam boleh dibuat secara online menerusi https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Cara Tuntutan Skim MySalam
A. Tuntutan Penyakit Kritikal
1. Layari laman web https://www.mysalam.com.my/.
2. Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS.
3. Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.
4. Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
5. Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
6. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar’.
B. Tuntutan Hospitalisasi
1. Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan.
2. Klik ikon ‘Tuntutan’ dan kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’.
3. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
5. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :
- Telefon : 1-300-88-8938
- Email : info@mysalam.com.my
BACA JUGA : Cara Semak Kelayakan Skim Kesihatan PEKA B40 Untuk Penerima BSH


