Cara Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Secara Online (Tutorial)

Cara Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Secara Online (Tutorial). Nak mohon Bantuan Prihatin Nasional 2.0? Pada pembentangan KITA PRIHATIN, kerajaan telah mengumumkan satu inisiatif tambahan Bantuan Prihatin Basional (BPN) 2.0 kepada golongan isi rumah dan bujang B40/M40. Bantuan ini diberikan kepada golongan berpendapatan rendah B40 termasuk M40 yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi anda yang nak semak status dan permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat secara online mulai 15 Oktober 2020 menerusi laman web rasmi BPN.

Cara Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Secara Online (Tutorial)

Cara Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Secara Online (Tutorial)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bayaran dan aplikasi permohonan :

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini bayaran akan dikreditkan sebanyak dua kali iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021.

Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Online

1. Layari laman web rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my/. Di bahagian SEMAKAN STATUS, masukkan No.Mykad 12 Digit.

2. Klik butang untuk membuat semakan.

3. Masukkan Captcha yang diberikan dan klik Butang Semak setelah selesai mengisi
Captcha.

4. Jika Permohonan adalah berstatus Tiada Rekod, Pemohon boleh membuat permohonan BPN 2.0 di butang ‘Permohonan Baru’.

Cara Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Secara Online (Tutorial)

5. Semasa mendaftar permohonan baru, pemohon mestilah mengisi maklumat dengan betul dan pastikan ruangan yang wajib (mandatori) diisi dengan lengkap.

6. Sekiranya ruangan yang wajib diisi tidak lengkap, notifikasi (alert) merah akan
dipaparkan bawah medan tersebut menandakan ruangan tersebut adalah mandatory untuk diisi. Setelah selesai mengisi permohonan, Klik Butang ‘Teruskan ‘.

7. Masukkan Captcha yang diberikan dan klik Butang Semak setelah selesai mengisi Captcha.

8. Proses seterusnya ialah Pengesahan Permohonan. Masukkan Captcha seperti tertera dan Klik Butang ‘Sahkan Captcha’ untuk meneruskan permohonan.

9. Akuan Pengesahan pemilik pemohon hendaklah di Tick, menandakan pemohon adalah bersetuju dengan Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.

Cara Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Secara Online (Tutorial)

10. Setelah Permohonan Berjaya dihantar pemohon diberi pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan Log Masuk. Jika tidak Pemohon boleh memilih untuk Butang Tidak.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Daftar MyBSN Online Banking

Cara Semakan Status BPN 2.0

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my.

Kaedah Bayaran BPN 2.0

Antara kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah seperti berikut :

  1. Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  2. Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN.
  3. Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

  • Kementerian Kewangan : No. telefon : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my
  • Telegram : PRE PRIHATIN (https://t.me/mofpre2020)
  • Facebook : Kementerian Kewangan Malaysia
  • LHDNM : No. telefon : 1-800 882 747 / 03-8911 1000

BACA JUGA : Permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300 Online

Leave a Reply