Cara Isi Borang Janji Temu Online KWSP Sepanjang PKPB

Cara Isi Borang Janji Temu Online KWSP Sepanjang PKPB. Berita baik buat anda yang ingin hadir ke kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Untuk makluman, kini KWSP akan menyambung semula perkhidmatan pengeluaran untuk had umur 50, 55 dan 60 tahun serta pengaktifan i-Akaun di negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 5 Mei 2020. Antara syarat adalah cawangan hanya menyediakan transaksi yang mudah dan cepat yang tidak memerlukan kontak secara fizikal, iaitu pengeluaran umur 50, 55 dan 60 tahun dan pengaktifan i-Akaun. Sebelum itu, anda perlu membuat permohonan janji temu secara atas talian (online) di laman web KWSP.

Cara Isi Borang Janji Temu Online KWSP Sepanjang PKPB

Janji Temu Online adalah platform yang membolehkan Ahli KWSP membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang dipilih oleh Ahli. Menurut portal KWSP, majikan juga tidak dibenarkan untuk hadir di cawangan kerana semua perkhidmatan boleh dilakukan dengan menghubungi pegawai Khidmat Nasihat Majikan masing-masing.

Cara Isi Borang Janji Temu Online KWSP Sepanjang PKPB

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Janji Temu KWSP termasuk memaparkan waktu operasi, senarai perkhidmatan dan cara permohonan :

Maklumat Janji Temu Online KWSP

A. Operasi Kaunter Perkhidmatan KWSP

Kaunter Perkhidmatan KWSP akan beroperasi mulai hari Rabu, 6 Mei 2020 berkonsepkan janji temu yang boleh dimohon melalui www.kwsp.gov.my dan klik pada pautan Janji Temu Online.

B. Waktu operasi kaunter

9.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja.

C. Penutupan awal operasi kaunter

Waktu penutupan awal operasi kaunter adalah kerana KWSP menekankan perkhidmatan penting kepada ahli di samping menyahut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia agar mematuhi saranan penjarakan sosial serta meminimumkan sentuhan secara terus.

Artikel Berkaitan : Pendaftaran iSuri KWSP Bantuan Suri Rumah RM480 Setahun

Perkhidmatan Yang Tersenarai Dalam Janji Temu Online

Perkhidmatan kaunter yang boleh dibuat melalui Janji Temu Online KWSP adalah seperti berikut:

(a) Pengeluaran Umur 50 tahun
(b) Pengeluaran Umur 55 tahun
(c) Pengeluaran Umur 60 tahun
(d) Pengeluaran Kesihatan

Selain pengeluaran di atas, Ahli juga boleh menggunakan saluran dalam talian (i-Akaun Ahli) untuk membuat permohonan pengeluaran dengan melayari portal kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

Tempoh untuk membuat permohonan melalui Janji Temu Online

Ahli KWSP boleh memohon melalui Janji Temu Online seawal-awalnya 14 hari bekerja dan selewat-lewatnya 1 hari bekerja (24 jam)* sebelum tarikh yang ditetapkan, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu tersebut.

Ilustrasi :

Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa, tarikh paling awal yang Ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP adalah pada hari Rabu atau pada hari-hari selepasnya, bergantung kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan masa yang ingin dipohon.

Cara Mohon Janji Temu Online KWSP

1. Bagi anda yang nak mohon Janji Temu Online KWSP boleh dimohon melalui portal www.kwsp.gov.my dan klik pada pautan Janji Temu Online.

2. Pilih ‘Cawangan’ dikehendaki.

3. Pilih ‘Jenis’ dan ‘Tarikh’ untuk janji temu.

4. Kemudian, pilih ‘Masa’ dan tekan ‘Pilih Slot’.

5. Isikan maklumat peribadi dengan lengkap.

6. Pastikan semua kotak ditandakan.

7. Baca dan fahami ‘PERAKUAN PEMOHON‘.

8. Tekan ‘BUAT JANJI TEMU‘.

9. Status permohonan akan dipaparkan.

Cara Isi Borang Janji Temu Online KWSP Sepanjang PKPB
Foto Kredit : KWSP

Nota :

a. Anda akan menerima NOTIS PENGESAHAN sebagai rujukan melalui emel atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

b. Ahli disarankan untuk memilih cawangan KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal. Klik pautan untuk mendapatkan alamat cawangan KWSP di seluruh negeri.

c. Ahli disarankan hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu. Pastikan Ahli menjalani saringan suhu badan, pemakaian penutup mulut dan hidung, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitiser. Ahli juga disarankan untuk mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera atau MyTrace.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila ke FAQ Janji Temu https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-janji-temu

BACA JUGA : Cara Semak Duit Masuk i-Lestari KWSP

2 Comments

  1. Junaidah bte Abdul ghani September 29, 2020
  2. Abdul kadir kamsany December 15, 2020

Leave a Reply