Cara Daftar i-Akaun KWSP 2021 Online Untuk Pengeluaran i-Sinar

Cara Daftar i-Akaun KWSP 2021 Online Untuk Pengeluaran i-Sinar. Nak mendaftar i-Akaun KWSP? Panduan buat pencarum KWSP yang ingin semak baki dan penyata Akaun 1 dan Akaun 2. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan satu portal online iaitu i-Akaun untuk memudahkan Ahli menyemak penyata dan baki simpanan akaun 1 dan akaun 2 KWSP secara dalam talian. Pendaftaran i-Akaun boleh dibuat menerusi Kiosk KWSP atau melalui emel. Bagi anda yang mempunyai ID dan kata laluan sementara boleh mendaftar i-Akaun KWSP secara online di portal i-Akaun.

Cara Daftar i-Akaun KWSP 2021 Online Untuk Pengeluaran i-Sinar

Cara Daftar i-Akaun KWSP 2021 Online Untuk Pengeluaran i-Sinar

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Akaun KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara pendaftaran dan kemudahan :

Apa Itu i-Akaun?

I-Akaun adalah merupakan satu sistem online yang dibangunkan oleh KWSP untuk memudahkan Ahli atau Majikan menyemak baki simpanan, penyata, kemaskini profil peribadi atau semak kelayakan pengeluaran hanya secara dalam talian sahaja.

Syarat Kelayakan Daftar i-Akaun

Antara syarat-syarat kelayakan mendaftar i-Akaun adalah seperti berikut :

  1. Pemohon ialah seorang pencarum KWSP
  2. Pemohon mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
  3. Pemohon mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
  4. Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah

Cara Mendaftar i-Akaun KWSP

A. Daftar i-Akaun Melalui Kiosk KWSP

Sebelum daftar i-Akaun KWSP secara online, pastikan ahli mendapatkan TAC Pengaktifan dengan daftar nombor telefon dimana-mana kaunter atau Kiosk KWSP yang berdekatan.

  1. Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat atau kios KWSP.
  2. Masukkan kad pengenalan anda dan nombor telefon terkini.
  3. Kemudian, cap jari anda.
  4. Tunggu 10 saat akan keluarkan kertas yang mengandungi No. ID dan kata laluan sementara.
  5. Simpan untuk pendaftaran online.

Cara Daftar i-Akaun KWSP Online

  1. Bagi anda yang mempunyai nombor ID dan password sementara, pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dengan menggunakan ID dan kata laluan (password) sementara yang diterima melalui SMS untuk pengaktifan akaun.
  3. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
  4. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya.
  5. Log masuk semula dengan lengkapkan maklumat akaun baru anda.

Semakan Lokasi Kiosk KWSP

Bagi menggunakan perkhidmatan kiosk KWSP, anda perlu semak lokasi kiosk yang berdekatan dengan anda seperti di bawah :

  1. Layari laman web KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks
  2. Di bahagian “Hubungi Kami”, sila klik pada “Pejabat dan Kios”.
  3. Pilih negeri dan jenis perkhidmatan untuk disemak.
  4. Senarai kiosk KWSP yang berada di negeri yang dicari akan terpapar di screen telefon atau komputer anda.

B. Daftar i-Akaun Melalui Emel

  1. Ahli boleh membuat permohonan pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke iakaundaftar@epf.gov.my.
  2. Contact Management Centre (CMC) terima e-mel dan mengesahkan semua dokumen adalah betul dan sepadan dengan rekod KWSP.
  3. Ahli terima dan menjawab soalan sekuriti dengan menghantar e-mel ke iakaundaftar@epf.gov.my.
  4. CMC terima email dan memastikan semua soalan dijawab dengan betul.
  5. CMC akan membuat pendaftaran akaun di BDS dan Support Centre.
  6. Ahli akan menerima ID pengguna dan password sementara melalui SMS dan membuat pengaktifan i-Akaun.

Kemudahan i-Akaun KWSP

Antara kelebihan dan kemudahan yang disediakan dalam portal i-Akaun iaitu :

  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan kelayakan pengeluaran
  • Semakan baki atau penyata simpanan
  • Semakan rekod caruman individu/caruman majikan
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  • Menyemak maklumat penamaan atau waris
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak status permohonan pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 – 8922 6000 atau hadir mana-mana Pejabat KWSP.

BACA JUGA :

Leave a Reply