Jawatan Kosong Imigresen 2020 SPA | Adakah anda pelajar lepasan SPM yang ingin memohon kerja kerajaan? Berita baik buat anda yang sedang mencari peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman menerusi portal FB SPA, bagi mereka yang berkelayakan dan berminat dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia tahun 2018. Pemohon boleh membuat permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 secara online di portal SPA8i bagi yang berkelulusan SPM/ SKM/ SVM. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Mac 2018.
Jawatan Kosong Imigresen 2020 SPA
Berikut dikongsikan adalah maklumat berkaitan iklan jawatan kosong SPA termasuk cara permohonan jawatan kosong Imigresen Malaysia dan aplikasi permohonan online :
● Pegawai Imigresen Gred KP19 (JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA)
Kekosongan : 415
● Deskripsi Tugas, Kelayakan dan Gaji : Pegawai Imigresen Gred KP19
Cara Permohonan Jabatan Imigresen Malaysia Online
Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 secara dalam talian (online) seperti di bawah :
● Pemohon perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i secara online. Anda boleh rujuk panduan permohonan jawatan SPA disini.
● Aplikasi permohonan : http://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Nota Penting :
1. Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun.
2. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.
3. Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja.
4. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan.
Iklan Jawatan Kosong Imigresen 2018 Terkini
Deksripsi Tugas dan Gaji Pegawai Imigresen KP19
Berikut dikongsikan adalah senarai tugas dan jadual gaji bagi jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 :
Jadual Gaji :
○ GAJI MINIMUM : RM1,360.00
○ GAJI MAKSIMUM : RM4,052.00
○ KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100
Deksripsi Tugas :
Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.
Semoga anda berjaya mendapat mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia.