Permohonan Biasiswa PETRONAS 2022 Bagi Lepasan SPM. Adakah anda pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian bertaraf Ijazah? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa pendidikan. Untuk makluman, kini anda ditawarkan bagi yang berkelayakan untuk membuat permohonan Biasiswa PETRONAS 2018 bagi Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP). Permohonan biasiswa ini boleh dibuat secara online di laman sesawang Petronas mulai daripada 15 Mac 2018 sehingga 22 Mac 2018.
Permohonan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk meneruskan pengajian ijazah dalam bidang minyak dan gas bidang berkaitan. Calon yang layak akan disenarai pendek dan ditemuduga sebelum pemilihan akhir.
Permohonan Biasiswa PETRONAS 2022 Bagi Lepasan SPM
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa PETRONAS di bawah tajaan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan online :
○ Permohonan Biasiswa JPA 2018 Program Khas Jepun Korea Perancis dan Jerman (JKPJ)
Syarat Kelayakan Biasiswa PETRONAS (PESP)
Antara syarat-syarat kelayakan biasiswa PETRONAS adalah seperti berikut :
1. Calon adalah Warganegara Malaysia.
2. Berumur 17 hingga 19 tahun pada tahun 2018.
3. Mempunyai kemahiran kepimpinan dan juga aktif dalam aktiviti kokurikulum.
4. Mendapat keputusan SPM 2017 yang cemerlang.
Bidang Tajaan
Berikut adalah senarai bidang-bidang di bawah tajaan Biasiswa Petronas bagi Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) :
○ Akaun / Perdagangan / Kewangan
○ Sains Aktuari
○ Kejuruteraan Kimia
○ Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
○ Kejuruteraan Mekanikal
○ Petroneum Engineering
○ Geologi / Geofizik
○ Undang-undang
○ Petroleum Geosains
○ Ekonomi
Cara Permohonan Biasiswa PETRONAS Online
1. Permohonan biasiswa PETRONAS hendaklah dibuat secara online melalui portal rasmi PETRONAS di https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Login.
2. Bagi pemohon program UTP, anda wajib mengemukakan permohonan kemasukan UTP melalui http://www.utp.edu.my.
3. Semakan keputusan permohonan untuk kalangan yang berjaya terpilih akan diumumkan terus di portal Petronas, educationsponsorship.petronas.com.my iaitu sekitar bulan Mei 2018 ini.
Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.