Semakan Nombor Siri Dan Penunaian BPN Di Kaunter BSN Mulai 1 Jun 2020

Semakan Nombor Siri Dan Penunaian BPN Di Kaunter BSN Mulai 1 Jun 2020. Panduan buat pemohon baharu yang membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional. Sehingga kini, kerajaan telah menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada 10.7 juta penerima golongan berpendapatan rendah B40 termasuk M40 dan Bujang. Namun begitu, ada penerima yang gagal dikreditkan ke akaun bank walaupun status permohonan diluluskan. Untuk makluman, penerima boleh membuat penunaian BPN mengunakan Nombor Siri di BSN boleh dibuat mulai 1 Jun 2020 (bagi yang tiada nombor akaun bank) dan 2 Jun 2020 (bagi yang gagal kredit). Sebelum itu, penerima perlu menyemak nombor siri BPN menerusi portal BPN bpn.hasil.gov.my.

Semakan Nombor Siri Dan Penunaian BPN Di Kaunter BSN Mulai 1 Jun 2020

Semakan Nombor Siri Dan Penunaian BPN Di Kaunter BSN Mulai 1 Jun 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang nombor siri Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan cara dapatkan dan tunaikan nombor siri (Baucar BPN) di kaunter BSN :

Menurut sumber, penunaian Bantuan Prihatin Nasional Di Kaunter BSN bagi fasa kedua boleh dibuat mulai 14 Mei hingga 31 Disember 2020.

Apa Itu Nombor Siri BPN

Nombor siri BPN ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Prihatin Nasional tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau gagal kredit untuk keluarkan wang bantuan tersebut. Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BPN untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

Artikel Berkaitan : Cara Daftar MyBSN Online Banking

Cara Semak Nombor Siri BPN Online

Nombor Siri boleh diperolehi dengan dipaparkan di Paparkan Maklumat Bayaran menerusi Portal BPN. Untuk semakan anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah :

  1. Semakan boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my.
  2. Masukkan No MyKad dan CAPTCHA, klik ‘SEMAK’.
  3. Klik pada ‘PAPARAN MAKLUMAT BAYARAN’.
  4. Masukkan KATA LALUAN anda dan klik LOG MASUK.
  5. Klik pada MAKLUMAT BAYARAN.
  6. Nombor Siri akan dipaparkan di No. Baucar.

Nota : Sekiranya No. Baucar BPN belum keluar harap anda bersabar kerana akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Cara Penunaian Bantuan Prihatin Nasional Di BSN

Penunaian BPN menggunakan Nombor Siri di BSN boleh dibuat mulai 1 Jun 2020 (bagi yang tiada nombor akaun bank) dan 2 Jun 2020 (bagi yang gagal kredit).

Semakan Nombor Siri Dan Penunaian BPN Di Kaunter BSN Mulai 1 Jun 2020

Pastikan anda membawa MyKad dan Nombor Siri untuk tujuan penunaian di mana-mana kaunter BSN yang berhampiran. Nombor Siri dipaparkan di Paparkan Maklumat Bayaran menerusi Portal BPN. Penerima perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau pautan berikut:

  • Kementerian Kewangan : 03-8882 9089/ 03-8882 9087/ 03-8882 9191/ 03-8882 4565/ 03-8882 4566
  • LHDNM : 1-800 882 747/ 03-8911 1000

2 Comments

  1. Mohammad Khairi June 1, 2020
  2. Rinah binti kandag June 2, 2020

Leave a Reply