Borang SPA9 2022: Cara Pendaftaran & Permohonan Jawatan Kosong Terkini. Adakah anda ingin bekerja di sektor awam? Panduan buat anda yang berminat dan ingin berkhidmat dalam perkhidmatan awam, dimana sebelum itu anda perlu membuat pendaftaran akaun SPA8i dan juga permohonan jawatan kosong SPA terkini dalam sistem online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Sepertimana anda tahu bekerja di sektor kerajaan adalah menjadi impian orang ramai termasuk yang baru lepas graduate atau yang sedang bekerja dan juga mereka yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi. Siapa tak nak kerja kerajaan kan kerana sememangnya menjamin masa depan anda termasuk juga banyak kelebihannya bekerja di sektor awam.
Borang SPA9 2022: Cara Pendaftaran & Permohonan Jawatan Kosong Terkini
Berikut adalah maklumat tentang cara permohonan dan kemaskini jawatan kosong kerja kerajaan SPA8 dengan langkah demi langkah :
Cara Pendaftaran Akaun SPA8i Online
1. Sebelum layak memohon jawatan SPA8i, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu dengan mengisi borang pendaftaran akaun baru SPA8i.
2. Bagi anda yang pertama kali membuat pendaftaran akaun SPA8i, anda perlu layari ke portal rasmi di pautan http://www.spa.gov.my untuk daftar MYID baru.
3. Untuk mengisi borang pendaftaran SPA secara online, anda perlu mendapatkan MyID dengan cara klik “DAFTAR MYID BARU” seperti tertera di bawah.
4. Setelah anda masukkan MyID (No Kad Pengenalan) dan kata laluan. Anda perlu mengisi maklumat asas dan soalan keselamatan yang bertanda * dengan lengkap.
Nota :
○ Nombor kad pengenalan dan nama penuh pastikan sama seperti di dalam kad pengenalan anda.
○ Nombor telefon bimbit dan alamat emel yang dimasukkan mestilah aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui kedua-dua aplikasi ini.
5. Selepas itu, anda klik ‘Daftar‘ untuk penghantaran maklumat SPA8i anda yang telah diisi dengan lengkap.
Permohonan Jawatan Kosong SPA8i Online
Berikut adalah cara permohonan jawatan kosong SPA8i secara online :
1. Apabila anda sudah daftar akaun, terus login SPA8i semula.
2. Pemohon yang telah berjaya log masuk boleh mengisi borang SPA8i. Antaranya maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut ;
● Maklumat Pemohon
● Maklumat Akademik (PT3, SPM, STPM, STAM dan sebagainya)
● Matlumat Kokurikulum (Sukan/ Persatuan, Rekacipta/ Pencapaian)
● Matlumat Tambahan (Bakat/ Kebolehan Bahasa, Bekas Tentera/ Polis, Penerima Bantuan/ Kurang Upaya)
3. Setelah itu, anda boleh membuat permohonan jawatan kosong terkini mengikut kelayakan maing-masing. Ia dibahagikan kepada 2 iaitu Jawatan SPA dan Jawatan PDRM/ LAIN.
4. Selepas anda mengisi jawatan kosong, anda perlu membuat perakuan untuk disahkan permohonan.
Nota Penting :
● Jumlah keseluruhan JAWATAN SPA yang dipilih mestilah tidak melebihi 15 jawatan.
● Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun.
● Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja.
● Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
i. Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
ii. Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM.
iii. Calon yang memiliki Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/ STPM/ STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
Semakan Status Permohonan SPA8i Online
1. Bagi pemohon yang telah berdaftar boleh membuat semakan status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”.
2. Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon. Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).
3. Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
4. Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan.
Selamat membuat pendaftaran dan permohonan jawatan kosong SPA8I terkini. Semoga anda berjaya mendapat tawaran dalam sektor perkhidmatan awam.