Jadual Pembayaran BSH 2020 Fasa 3 & Tambahan RM100 (Semak Status)

Jadual Pembayaran BSH 2020 Fasa 3 & Tambahan RM100 (Semak Status). Bilakah tarikh bayaran Fasa 3 BSH 2020? Panduan buat penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020 dimana menerusi portal rasmi BSH, bayaran Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan Julai 2020. Untuk makluman penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dilakukan bersama Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan Julai 2020. Bagi golongan isi rumah B40 termasuk bujang yang membuat permohonan baharu BSH boleh semak status menerusi portal BSH.

Jadual Pembayaran BSH 2020 Fasa 3 & Tambahan RM100 (Semak Status)

Sebelum ini, kategori isi rumah telah menerima RM300 pada bulan Januari 2020 dan pembayaran fasa kedua BSH pula dibayar berjumlah RM200 pada 16 Mac 2020. Sedia maklum, bayaran BSH 2020 akan dibayar dalam tiga fasa dimana fasa ketiga akan dikreditkan pada bulan Mei dan ditukarkan tarikh pada Julai 2020. Tahun ini, kategori tambahan telah disenaraikan dalam BSH 2020 iaitu bagi bujang berumur 40 tahun dan ke atas termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Jadual Pembayaran BSH 2020 Fasa 3 & Tambahan RM100 (Semak Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang BSH 2020 Fasa 3 bersama tambahan RM100 termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan semakan status :

Kategori dan Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup 2020

  • Jumlah BSH RM1000 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah.
  • Jumlah BSH RM750 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2001 hingga RM3000.
  • Jumlah BSH RM500 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000.
  • Jumlah BSH RM200 diberikan kepada kategori Bujang berusia 40 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
  • Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
Jadual Pembayaran BSH 2020 Fasa 3 & Tambahan RM100 (Semak Status)

Tarikh Bayaran BSH 2020

Penerima BSH akan menerima tambahan RM100 bersama bayaran Fasa 3 yang akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing. Dijadualkan pengkreditan ke akaun mulai bulan Julai 2020. Tarikh bayaran Fasa 3 BSH akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Jadual Pembayaran BSH 2020 Fasa 3 & Tambahan RM100 (Semak Status)
Foto Kredit : LHDNM

Kredit RM50 eWallet (PENJANA)

Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan mengumumkan satu insentif khas iaitu kredit e-dompet berjumlah RM50 akan dipadankan dengan penawaran baucar diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 bagi pembelian fizikal. Dijangka kerajaan akan menawarkan kredit RM50 ini bermula bulan Julai 2020. Penebusan kredit RM50 eWallet boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi MySejahtera di Google Play Store, Apple App dan Huawei AppGallery.

Artikel Berkaitan : Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera & Claim Kredit RM50 eWallet

Cara Semak Status BSH 2020 Online

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status BSH 2020 melalui Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my) :

1. Semakan status boleh dibuat secara online menerusi portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/.

2. Klik menu ‘Semakan Status Permohonan’ (Maklumat pembayaran BSH 2020).

3. Kemudian, masukkan Nombor MyKad.

4. Isi captcha dan tekan butang ‘Semak’.

5. Maklumat yang akan dipaparkan iaitu :
a. Status Permohonan
b. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Nota : Status kelulusan BSH 2020 bagi permohonan baharu dan rayuan akan diumumkan dalam masa terdekat jangkaan pada Julai 2020.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang BSH, sila hubungi :

  • Nombor Hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03 – 8882 4565/03 – 8882 4566
  • Nombor Bebas Tol LHDN: 1-800-88-2716
  • Web: https://bsh.hasil.gov.my/

BACA JUGA : Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Bekerja Sendiri/ Suri Rumah

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan portal Bantuan Sara Hidup. Laman ini hanya kongsikan dan memberitahu makluman terkini secara umum sahaja. Untuk maklumat lanjut sila layari ke laman web rasmi BSH.

Leave a Reply