Jadual Dan Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bagi Bulan Oktober 2020

Jadual Dan Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bagi Bulan Oktober 2020. Bilakah tarikh pembayaran i-Lestari KWSP bulan Oktober 2020? Panduan buat Ahli KWSP yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari. Untuk makluman, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan sebelum ini telah dikreditkan ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan. Bagi pemohon yang gagal dikreditkan, anda boleh buat pengemaskinian akaun bank di portal i-Lestari Online atau menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP. Pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan Oktober 2020 dijangka dikreditkan ke akaun bank mulai 1 Oktober 2020 secara berperingkat.

Jadual Dan Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bagi Bulan Oktober 2020

Bagi anda yang nak buat permohonan baru atau pembatalan pengeluaran i-Lestari hendaklah dibuat sebelum atau pada 31 Mac 2021. Amaun pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan RM500 maksimum. Pengeluaran i-Lestari adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19.

Jadual Dan Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Bagi Bulan Oktober 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan konsep am, tarikh dan semakan status :

Jadual Pembayaran i-Lestari KWSP

Menurut maklum balas daripada KWSP, Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran satu (1) kali sahaja. Ahli akan terima bayaran i-Lestari dalam tempoh yang sama pada setiap bulan berikutnya. Bagaimanapun, bayaran ini akan diproses pada hari bekerja berikutnya sekiranya tarikh bayaran jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.

Jika pada 1 Oktober 2020 masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.

Nota : Jadual pengeluaran i-Lestari KWSP ini sebagai rujukan sahaja.

Cara Semak Baki dan Transaksi Bayaran i-Lestari KWSP

Bagi Ahli yang mempunyai i-Akaun KWSP boleh semak baki dan transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut :

1. Login i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Pilih Withdrawal/ Pengeluaran untuk ke proses seterusnya.

3. Pilih Withdrawal History.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Kemaskini Pembayaran i-Lestari KWSP

Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP

1. Semakan status boleh dibuat secara online menerusi laman web https://ilestari.kwsp.gov.my

2. Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.

3. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan.

4. Klik pada kotak ‘saya bukan robot’.

5. Kemudian, klik pada butang semak.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848.

BACA JUGA : Cara Permohonan Pembatalan Dan Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan KWSP. Laman ini hanya kongsikan atau sampaikan informasi kepada umum. Sebarang kehilangan tidak dipertanggungjawabkan oleh laman myinformasi.

Leave a Reply