Jadual Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Bulan September 2020 (Tarikh)

Jadual Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Bulan September 2020 (Tarikh). Bilakah tarikh pembayaran i-Lestari KWSP bulan September 2020? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan i-Lestari KWSP tahun 2020. Untuk makluman, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan pertama telah dikreditkan ke akaun masing-masing pada 1 Mei 2020. Pemohon yang gagal dikreditkan perlu membuat pengemaskinian maklumat akaun bank di portal i-Lestari Online. Bilakah tarikh bayaran i-Lestari KWSP bagi bulan seterusnya? Menurut makluman daripada KWSP, pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan September Akan diagihkan mulai 1 September 2020 secara berperingkat.

Jadual Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Bulan September 2020 (Tarikh)

Bagi anda yang nak buat permohonan baru Pengeluaran i-Lestari hendaklah dibuat sebelum atau pada 31 Mac 2021. Semakan status pengeluaran i-Lestari boleh disemak secara online di laman portal i-Lestari Online. Pengeluaran i-Lestari adalah satu inisiatif daripada kerajaan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19.

Jadual Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Bulan September 2020 (Tarikh)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan konsep am, tarikh dan semakan status :

Konsep Am Pengeluaran i-Lestari KWSP

Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).

Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Tarikh Bayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP

Menurut maklum balas daripada KWSP, Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran satu (1) kali sahaja. Ahli akan terima bayaran i-Lestari dalam tempoh yang sama pada setiap bulan berikutnya. Bagaimanapun, bayaran ini akan diproses pada hari bekerja berikutnya sekiranya tarikh bayaran jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.

Jika pada 1 September 2020 masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.

Jadual Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Bulan September 2020 (Tarikh)

Nota : Jadual bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP di atas adalah sebagai rujukan sahaja.

Cara Semak Penyata Dan Baki KWSP Akaun 2

Bagi Ahli yang mempunyai i-Akaun KWSP boleh semak baki, penyata dan transaksi pengeluaran KWSP akaun kedua secara atas talian seperti berikut :

  • Login i-Akaun
  • Pilih Withdrawal/Pengeluaran
  • Pilih Withdrawal History

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Semak Baki Akaun 2 Untuk Pengeluaran i-Lestari KWSP Bulan Seterusnya

Cara Semak Status Pengeluaran I-Lestari KWSP

  • Semakan status boleh dibuat secara online menerusi portal KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
  • Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
  • Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ dan klik pada butang semak.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848.

BACA JUGA : Cara Kemaskini Dan Pembatalan i-Lestari KWSP

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan KWSP. Laman ini hanya kongsikan atau sampaikan informasi kepada umum. Sebarang kehilangan tidak dipertanggungjawabkan oleh laman myinformasi.

Leave a Reply