Cara Semakan Status Permohonan BPN 2.0 Untuk Isi Rumah & Bujang Secara Online

Cara Semakan Status Permohonan BPN 2.0 Untuk Isi Rumah & Bujang Secara Online. Bilakah tarikh pembayaran BPN 2.0? Untuk makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian bantuan tambahan iaitu Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan memanfaatkan kepada isi rumah dan golongan bujang. Bagi pemohon sebelum ini tidak perlu memohon baharu kerana automatik menerima bayaran BPN 2.0. Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam dua ansurans pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya bulan Januari 2021. Semakan status BPN 2.0 boleh dibuat secara online bermula pada 15 Oktober hingga 15 November 2020 menerusi Portal Rasmi BPN.

Cara Semakan Status Permohonan BPN 2.0 Untuk Isi Rumah & Bujang Secara Online

Cara Semakan Status Permohonan BPN 2.0 Untuk Isi Rumah & Bujang Secara Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 termasuk memaparkan tarikh, kadar bayaran, semakan status dan permohonan baharu :

Tarikh Bayaran BPN 2.0

Bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini bayaran akan dikreditkan sebanyak dua kali iaitu pada penghujung Oktober 2020 dan Januari 2021.

Cara Semak Status BPN 2.0

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober hingga 15 November 2020 di Portal Rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my.

Cara Permohonan Baru BPN 2.0

Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. Permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuka mulai 15 Oktober hingga 15 November 2020.

Permohonan BPN 2.0 boleh dibuat melalui seperti berikut :

i. Dalam talian https://bpn.hasil.gov.my; atau
ii. Penghantaran borang manual ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM. Borang permohonan boleh dimuat turun di portal https://bpn.hasil.gov.my.

Kaedah Bayaran BPN 2.0

Bagi yang berjaya kredit akan terus masuk ke akaun bank penerima. Manakala, bagi anda yang gagal pengkreditan boleh membuat penunaian di cawangan BSN.

Untuk penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021 dengan bayaran tunai dibuat di lokasi-lokasi yang bakal diumum kelak.

Untuk keterangan lanjut, sila menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

BACA JUGA : Permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300 Online

Leave a Reply