Permohonan Baru BPN 2.0 Dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Online Mulai 15 Oktober. Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan baharu BPN 2.0. Untuk makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian bantuan tambahan iaitu Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan memanfaatkan kepada isi rumah dan golongan bujang. Bagi pemohon sebelum ini tidak perlu memohon baharu kerana automatik menerima bayaran BPN 2.0. Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam dua ansurans pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya bulan Januari 2021. Semakan status dan permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat bermula pada 15 Oktober 2020 menerusi Portal Rasmi BPN.

Permohonan Baru BPN 2.0 Dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Online Mulai 15 Oktober
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 termasuk memaparkan tarikh, kadar bayaran, semakan status dan permohonan baharu :
Tarikh Bayaran BPN 2.0
Bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini bayaran akan dikreditkan sebanyak dua kali iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021.
Manakala, bagi permohonan baharu BPN 2.0 bayaran akan dibuat secara sekaligus pada bulan Januari 2021.
Cara Semak Status Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.
Bagi anda yang ada akaun bank akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan dalam pangkalan data BPN. Sekiranya gagal kredit, penunaian boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional.
Kategori Layak Permohonan Baharu BPN 2.0
Pemohon yang layak membuat permohonan baharu BPN 2.0 adalah bukan penerima
BPN 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
Kategori BPN 2.0 B40
a) Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak;
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.
b) Bujang
- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak;
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas);
- Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
c) Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Kategori BPN 2.0 M40
a) Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak;
- Pendapatan Isi Rumah bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000.
b) Bujang
- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak;
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas);
- Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000.
c) Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. Permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuka mulai 15 Oktober hingga 15 November 2020.
Permohonan BPN 2.0 boleh dibuat melalui seperti berikut :
i. Dalam talian https://bpn.hasil.gov.my; atau
ii. Penghantaran borang manual ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM. Borang permohonan boleh dimuat turun di portal https://bpn.hasil.gov.my.
Kaedah Bayaran BPN 2.0
Bagi yang berjaya kredit akan terus masuk ke akaun bank penerima. Manakala, bagi anda yang gagal pengkreditan boleh membuat penunaian di cawangan BSN.
Untuk penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021 dengan bayaran tunai dibuat di lokasi-lokasi yang bakal diumum kelak.
Untuk keterangan lanjut, sila menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.
BACA JUGA : Permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300 Online