Cara Daftar MyBSN Online Banking 2021 Dengan Mudah (BSN)

Cara Daftar MyBSN Online Banking 2021 Dengan Mudah (BSN). Nak daftar BSN online banking? Panduan buat pengguna BSN yang ingin mendaftar internet banking MyBSN tahun 2021. Untuk makluman, kini Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memperkenalkan perbankan online iaitu ‘MyBSN‘ buat pengguna-pengguna akaun BSN. MyBSN internet banking membolehkan pengguna untuk menyemak baki, penyata akaun, membayar bil, pindahan wang dan transaksi kemasukan dalam talian (online) tanpa perlu hadir ke mesin ATM. Sebelum pendaftaran myBSN, pastikan pemegang akaun mempunyai kad ATM BSN dan nombor telefon yang didaftarkan.

Cara Daftar MyBSN Online Banking 2021 Dengan Mudah (BSN)

Cara Daftar MyBSN Online Banking 2021 Dengan Mudah (BSN)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang myBSN internet banking termasuk memaparkan syarat kelayakan, fungsi perkhidmatan, cara pendaftaran dan login akaun :

Apa Itu MyBSN Internet Banking?

MyBSN adalah merupakan portal internet banking yang menyediakan pelbagai perkhidmatan perbankan seperti menyemak baki, membayar bil, pindahan wang dan transaksi dalam talian serta produk lain yang ditawarkan dalam portal itu.

Syarat Kelayakan Daftar MyBSN

Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran BSN online banking adalah seperti berikut :

1. Pemegang akaun BSN dengan kad ATM/ Debit/ Kredit BSN.

2. Berumur 18 tahun dan ke atas.

Senarai Perkhidmatan MyBSN

Dalam portal MyBSN menyediakan pelbagai perkhidmatan atau kemudahan buat pengguna BSN yang menggunakan servis ini antaranya iaitu :

  • Fund Transfer
  • Balance Inquiry
  • Bill Payment
  • Credit Card Payment
  • Credit Card PIN Request
  • Report Lost/ Stolen Card
  • Prepaid Reload
  • Online Application
  • e-SSP Savings
  • Financing Payment
  • Apply for Credit Card
  • e-Statement Download

Cara Pendaftaran MyBSN Internet Banking Online

Untuk pendaftaran BSN online banking kali pertama, pastikan anda mempunyai kad ATM BSN dan nombor telefon yang didaftarkan. Sekiranya tidak, sila ke kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk daftar atau tukar nombor telefon bimbit bagi membolehkan anda daftar BSN internet banking.

  1. Untuk pendaftaran online, sila layari ke laman web rasmi BSN http://www.mybsn.com.my/
  2. Kemudian, klik pada butang ‘First Time Registration’.
  3. Setelah pada ‘Terms & Conditions’, klik pada butang ‘Accept’.
  4. Masukkan nombor kad debit/ kredit. Untuk Card Verification Value (CVV2) boleh rujuk pada kad debit /kredit anda di bahagian belakang yang tertera tiga nombor xxx termasuk expired date card xx/xx.
  5. Sekiranya anda Warganegara Malaysia, sila isikan ‘New IC Number’. Manakala, bagi yang guna passport selain nombor IC, sila pilih ‘Military IC/ Passport Number’.
  6. Masukkan butiran username (cth : bungarose18), password (cth : bsn18) dan confirm new password.
  7. Masukkan nombor kod OTP (6 digit number yang dihantar menerusi SMS) dan pilih satu (1) online image.
  8. Selesai. Pendaftaran anda telah berjaya.
  9. Tekan ‘click here’ untuk login akaun MyBSN.

Nota : Kod OTP boleh dapatkan dari nombor telefon yang berdaftar semasa proses pendaftaran akaun bank BSN dahulu. Jika berlaku ‘Unable to process your request’ dalam permohonan anda, sila telefon Customer Service Centre di talian 1300881900.

Cara Login MyBSN Kali Pertama

Buat kali pertama, anda boleh login myBSN menerusi laman web https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Nota : Pertanyaan lanjut tentang MyBSN internet banking boleh layari ke laman web https://www.mybsn.com.my/FAQ.

Sebarang keterangan lanjut tentang myBSN, sila layari laman web rasmi BSN atau hubungi di talian 1300 88 1900.

BACA JUGA :

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN). Artikel ini hanya kongsikan maklumat atau informasi berkaitan cara pendaftaran BSN online banking untuk pengetahuan sahaja.

3 Comments

  1. Paringki bin Osman January 25, 2021
  2. MUHAMMAD JAID BIN IDURUS January 26, 2021
  3. fendi February 24, 2021

Leave a Reply