Cara Semak Status Permohonan Rayuan BKSS 3.0 Bagi Isi Rumah & Bujang Mulai 15 Jun

Cara Semak Status Permohonan Rayuan BKSS 3.0 Bagi Isi Rumah & Bujang Mulai 15 Jun. Panduan buat golongan isi rumah B40 dan bujang yang membuat permohonan rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0. Untuk makluman, semakan status BKSS 3.0 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 15 Jun 2020 menerusi laman web BKSS. Bayaran BKSS 3.0 akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing pada ketua isi rumah dan Bujang B40 dengan bayaran sebanyak RM1500 dan RM500 masing-masing secara one-off.

Cara Semak Status Permohonan Rayuan BKSS 3.0 Bagi Isi Rumah & Bujang Mulai 15 Jun

Menurut daripada Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Bagi golongan bujang yang menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan automatik terima bantuan BKSS. Manakala, isi rumah B40 yang tidak tersenarai dalam BKSS fasa pertama akan menerima bayaran sebanyak RM1,500.

Cara Semak Status Permohonan Rayuan BKSS 3.0 Bagi Isi Rumah & Bujang Mulai 15 Jun

Berikut dikongsikan maklumat tentang Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan aplikasi semakan :

Tarikh Semakan : Mulai 15 Jun 2020

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0

Bayaran BKSS 3.0 akan dibuat kepada individu Bujang B40 mulai 15 Jun 2020 dengan jumlah bayaran sebanyak RM500 secara one.

Jumlah Bayaran BKSS 3.0

  • Bantuan sebanyak RM500 akan diberi sekali sahaja kepada individu bujang yang layak.
  • Bantuan sebanyak RM1,500 akan diberi kepada ketua isi rumah yang layak.

Semakan Status Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Online

Keputusan rayuan akan dimaklumkan selepas 15 Jun 2020 melalui cara berikut:

1. Semakan status boleh dibuat secara online menerusi laman web https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak

2. Masukkan MyKad yang disahkan dan klik pada butang ‘Submit’.

Nota :

i. Bagi yang ada telefon bimbit, keputusan akan dimaklumkan secara SMS.

ii. Boleh semak di Pejabat Daerah berdekatan.

Kaedah Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0

A. Individu Bujang

1. Bagi yang mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima masing-masing.

2. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank yang berdaftar
dengan LHDN, bayaran secara tunai boleh dituntut di
Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak
di seluruh Sarawak.

B. Isi Rumah B40

1. Kalau ada akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran
RM250 setiap bulan untuk selama 6 bulan mulai 15 Jun 2020.
Bayaran akan dimasukkan terus ke akaun bank.

2. Kalau tidak ada akaun bank berdaftar dengan LHDN, RM750 dibayar secara tunai mulai 17 Jun 2020 dan RM750 lagi dibayar mulai 17 Julai 2020. Tunai boleh tuntut di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak di seluruh Sarawak.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang BKSS 3.0, sila hubungi di talian 082-555-999 atau e-mel ke 555999@sarawak.gov.my.

BACA JUGA : Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40

3 Comments

  1. A June 19, 2020
  2. Roy Anak TUYANG July 19, 2020
  3. SITI MIMUNAH BARUDIE August 3, 2020

Leave a Reply