Cara Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)

Cara Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO Program Pengekalan Pekerjaan (ERP). Panduan buat majikan yang ingin membuat permohonan Program Pengekalan Pekerjaan untuk pekerja mereka. Untuk makluman, kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu skim bantuan kewangan iaitu Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) sebanyak RM600 sebulan kepada majikan bagi setiap pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Kini, anda boleh membuat permohonan secara atas talian bagi Program Pengekalan Pekerjaan melalui pautan prihatin.perkeso.gov.my mulai 13 April 2020. Permohonan yang dihantar sebelum ini akan diproses seperti biasa dan tidak perlu dikemukakan semula.

Cara Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) adalah bantuan kewangan sebanyak RM600 bagi setiap pekerja setiap
bulan untuk tempoh maksimum enam (6) bulan bagi membantu pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji (CTG) mengikut Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) (ERP) di bawah Pakej Rangsangan
Ekonomi 2020 (PRE2020).

Cara Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : Mulai 20 Mac 2020 (Borang), Mulai 13 April 2020 (Online)

Syarat Kelayakan Program Pengekalan Pekerjaan ERP

Antara syarat-syarat kelayakan menerima Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) adalah seperti berikut:

  1. ERP meliputi semua pekerja sektor swasta yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP termasuk pekerja sambilan yang telah mencarum dengan SIP.
  2. Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO;
  3. Terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja.
  4. Majikan yang melaksanakan CTG (notis yang telah dikeluarkan kepada pekerja bagi tempoh mulai 1 Mac 2020).
  5. Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja.

TEMPOH LAYAK MENERIMA ERP

ERP yang akan diberikan adalah antara 1 hingga 6 bulan
berdasarkan tempoh notis cuti tanpa gaji daripada majikan.

Cara Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)

Cara Permohonan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) Online

Majikan yang telah memenuhi syarat yang ditetapkan boleh menghantar permohonan secara dalam talian (online) mulai 13 April 2020 di laman web prihatin.perkeso.gov.my. Sebelum ini permohonan telah dibuka secara manual iaitu isi borang mulai 20 Mac 2020.

Nota : Pembayaran bulanan RM600 kepada pekerja tersebut hendaklah dikreditkan terus ke dalam akaun mereka dalam tempoh 7 hari sebaik sahaja bayaran diterima daripada PERKESO.

Artikel Berkaitan : Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Nasional 2020

Soalan Lazim Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)

1. Apakah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan oleh majikan semasa membuat permohonan ERP?

i. Surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat
ii. Majikan perlu mengisi maklumat lengkap di Borang Permohonan ERP C-19 yang akan diedarkan bersama Pekeliling Majikan.

2. Siapakah yang tidak layak memohon ERP?

  • Pekerja yang tidak berdaftar dan mencarum dengan SIP
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000
  • Pekerja sektor awam
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja
  • Pekerja asing dan pegawai dagang
  • Mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers

BACA JUGA : Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi: 03- 4264 5555 / 03- 8091 5100 / 1-300-22-8000 atau emel ke perkeso@perkeso.gov.my

Leave a Reply