Borang Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM). Berita baik buat usahawan perniagaan mikro yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk makluman, kerajaan telah mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) adalah skim pembiayaan mikro bagi usahawan yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19 untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada. Ia terbuka kepada semua sektor perniagaan yang patuh syariah. Jumlah pembiayaan antara RM1,000 hingga RM10,000 dalam tempoh pembiayaan maksima adalah 3 tahun dan penangguhan adalah 6 bulan. Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi TEKUN.
Borang Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Syarat Kelayakan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM)
Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :
- Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
- Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
- Mempunyai tempat perniagaan yang khusus
- Mempunyai pendaftaran SSM atau Permit PBT (Lesen Penjaja)
- Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain
- Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan
- Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)
Jenis Sektor Perniagaan Yang Layak Mohon
Terbuka kepada semua sektor perniagaan yang patuh syariah.
Jumlah Pembiayaan
Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional – RM10,000
Cara Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM)
a. Borang permohonan boleh didapati di laman web rasmi TEKUN https://www.tekun.gov.my/ms/inisiatif-tekun-covid19/borang/
b. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap perlu disertakan dengan dokumen-dokumen penting iaitu :
i. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
ii. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
iii. Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini
iv. Salinan salah satu Bil Utiliti terkini (elektrik /air / telefon)
Nota : 10 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima.
BACA JUGA : Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO Bagi Majikan & Pekerja
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim CBRM, sila hubungi Pegawai TEKUN Ibu Pejabat seperti berikut:
Mohd Yusri Mohd Yusob (012-551 6275) / Mohd Yusliezal Mohd Yusof (019-609 6251)