Cara Permohonan Baharu Dan Pembatalan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online. Nak buat permohonan baharu pengeluaran i-Lestari KWSP? Panduan buat pencarum kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan satu portal online untuk permohonan dan semak status Pengeluaran i-Lestari KWSP. Untuk makluman, Ahli KWSP boleh memohon pengeluaran i-Lestari KWSP secara online di laman web rasmi ilestari.kwsp.gov.my. Manakala bagi anda yang nak buat pembatalan pengeluaran i-Lestari KWSP turut boleh dibuat secara online di laman web ilestari online.

Pengeluaran i-Lestari KWSP adalah satu inisiatif daripada kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat yang terkesan dengan penularan Covid-19. Pencarum boleh membuat pengeluaran wang KWSP akaun kedua dengan minimum RM50 sehingga RM500 selama 12 bulan tertakluk jumlah simpanan anda.
Cara Permohonan Baharu Dan Pembatalan Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan pembatalan :
Tarikh Permohonan : 1 April 2020 Hingga 31 Mac 2021
Syarat Kelayakan Pengeluaran i-Lestari KWSP
a. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia.
b. Berumur di bawah 55 tahun.
c. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.
Artikel Berkaitan : Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP Lulus Atau Gagal
Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang https://ilestari.kwsp.gov.my/
- Pilih ‘Permohonan Baharu’.
- Isikan Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon Bimbit, Alamat E-mel, Alamat dan Poskod.
- Pilih jumlah ‘Amaun Dimohon Sebulan (RM).
- Pilih ‘Bank’ dan masukkan ‘Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif’.
- Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekan butang SETUJU.
- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah BETUL dan TEPAT sebelum menekan butang HANTAR.
- Pemohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar.
Cara Batal Pengeluaran i-Lestari KWSP
- Layari laman sesawang https://secure.kwsp.gov.my/member/ilestari/cancellationOnline?0
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit.
- Pilih bank dikehendaki dan masukkan nombor akaun bank.
- Seterusnya, masukkan amaun dimohon.
- Klik ‘saya bukan robot’.
- Akhir sekali klik pada butang ‘Hantar’.
Nota : Untuk dapatkan soalan lazim Pengeluaran i-Lestari KWSP boleh rujuk https://www.kwsp.gov.my/faq-i-lestari
Untuk makluman lanjut, sila layari ke laman web www.epf.gov.my atau emel ke ilestari@epf.gov.my.
BACA JUGA :