Cara Mohon Insentif RM600 Pemandu Bas Pelancong/ Persiaran Online (Semak Status). Berita baik buat pemandu bas pelancong/ persiaran yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah mengumumkan satu bantuan khas iaitu Bantuan Prihatin Insentif RM600 khas kepada bas pelancong/ persiaran. Permohonan ini boleh dibuat secara online mulai 8 Mei sehingga 21 Mei 2020 menerusi portal https://prihatin.mot.gov.my.
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mewujudkan portal https://prihatin.mot.gov.my/ untuk memudahkan proses pendaftaran permohonan Bantuan Prihatin Pemandu Bas Pelancong/Persiaran. Menurut kenyataan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menyedari permasalahan yang menimpa hampir 10,000 pemandu bas persiaran serta le7bih 1,000 syarikat yang mempunyai bas persiaran akibat pandemik COVID-19.
Cara Mohon Insentif RM600 Pemandu Bas Pelancong/ Persiaran Online (Semakan Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Insentif RM600 Pemandu Bas Pelancong/ Persiaran termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh pembayaran, aplikasi permohonan dan semakan status :
Tarikh Permohonan : Mulai 8 Mei 2020
Syarat Kelayakan Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran
Antara syarat-syarat kelayakan Insentif RM600 Pemandu Bas Pelancong/ Persiaran adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Pemandu berstatus lantikan tetap oleh Syarikat Bas Pelancongan/ Persiaran (mempunyai caruman PERKESO
- Memiliki Lesen Vokasional (PSV), Lesen E atau lesen memandu yang berkenaan yang masih dalam tempoh sah laku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Syarikat Bas Pelancongan/Persiaran memiliki lesen TOBTAB yang masih dalam tempoh sah laku dengan MOTAC pada 31 Disember 2019
- Syarikat pelancongan yang memiliki Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan atau Perniagaan Agensi Pengembaraan (TOBTAB) yang masih dalam tempoh sah laku dengan Kementerian Pelancongan
- Mempunyai lesen kenderaan berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Tarikh Pembayaran Insentif RM600 Pemandu Bas Persiaran
Dijangka bayaran dikreditkan pada awal bulan Jun 2020 ke dalam akaun bank pemandu.
Cara Permohonan Bantuan Prihatin Pemandu Bas Pelancong/ Persiaran Online
Wakil syarikat pelancongan perlu melayari portal web https://prihatin.mot.gov.my/ untuk mengisi butiran syarikat serta butiran pemandu bas masing-masing termasuk nombor akaun bank pemandu.
Nota : Pemandu tidak perlu mohon secara individu kerana syarikat pelancongan yang layak akan mendaftar di portal web yang disediakan untuk mengisi butiran pemandu bas masing-masing.
Soalan Lazim Insentif RM600 Pemandu Bas Pelancong/ Persiaran
Sebarang makluman lanjut boleh hubungi :
(i) Pertanyaan berkenaan status lesen TOBTAB Syarikat Pelancongan sila email ke zainab@motac.gov.my
(ii) Pertanyaan berkenaan portal dan lain-lain sila email ke prihatin.baspersiaran@apad.gov.my