Cara Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Secara Online (BPN 2.0). Nak buat permohonan baru BPN 2.0? Berita baik buat rakyat Malaysia dimana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan tambahan iaitu Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan memanfaatkan kepada golongan B40 dan M40. Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam dua ansurans pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya bulan Januari 2021. Bagi penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status dan permohonan baharu dibuka bermula daripada 15 Oktober 2020 di laman web BPN https://bpn.hasil.gov.my.
Cara Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Secara Online (BPN 2.0)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 termasuk memaparkan tarikh, kadar bayaran, semakan status dan permohonan baharu :
Apa Itu BPN 2.0?
Bantuan Prihatin Nasional 2.0 atau ringkasnya BPN 2.0 adalah salah satu bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat kesan pandemik COVID-19. Pemberian ini adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan.
Tarikh Bayaran BPN 2.0
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dijangka akan dikreditkan dua kali iaitu pada penghujung Oktober 2020 dan Januari 2021.
Kadar Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Cara Kemaskini BPN 2.0 Online
1. Sila layari ke laman web BPN 2.0 https://bpn.hasil.gov.my
2. Tekan pada ‘Log Masuk’ pada bahagian Menu atas sebelah kanan.
3. Kemudian, masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda. Tekan pada butang ‘Semak’.
4. Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan. Anda akan dapat lihat maklumat seperti berikut:
- Nama
- No MyKad
- Status Permohonan
- Jumlah Keseluruhan BPN
- Maklumat Pendapatan
5. Selepas Papar Borang, tekan pada butang ‘Kemaskini’.
Apa Maklumat Yang Perlu Dikemaskini Dalam BPN 2.0
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda kemaskini sekiranya ada perubahan seperti berikut :
1. NOMBOR AKAUN BANK TERKINI
Contohnya, dulu anda guna akaun Maybank untuk terima pembayaran Bantuan Prihatin Nasional. Tapi kini anda sudah tutup akaun bank tersebut atas sebab-sebab tertentu. Maka, anda perlu gantikan bank yang lain untuk pengetahuan BPN 2.0.
2. STATUS PERKAHWINAN TERKINI
Sekiranya anda sudah berkahwin, jangan lupa kemaskini BPN 2.0 jika status dalam sistem sebelum ini masih bujang.
Jika anda sudah bercerai atau berpisah, jangan lupa kemaskini Bantuan Prihatin Nasional 2.0 jika status dalam sistem masih berkahwin.
3. NOMBOR TELEFON TERKINI
Sekiranya ada pertukaran nombor telefon baru, anda perlu kemaskini dalam portal BPN.
Sekiranya anda gagal untuk kemaskini BPN 2.0 dengan nombor telefon yang baru, kemungkinan anda tidak menerima SMS atau notifikasi berkenaan pembayaran BPN 2.0.
4. MAKLUMAT ANAK TERKINI
Jika jumlah anak bertambah misalnya daripada seorang kepada dua orang, maka, anda perlu kemaskini BPN 2.0.
Cara Permohonan Baru BPN 2.0
Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. Bagi yang belum mendaftar, permohonan baharu dan rayuan akan dibuka semula mulai 15 Oktober hingga 15 November 2020 di laman web https://bpn.hasil.gov.my/.
Semakan Status BPN 2.0 Online
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 menerusi laman web BPN https://bpn.hasil.gov.my.
Untuk keterangan lanjut, sila menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.
BACA JUGA : Semakan Status Dekoder MYTV Bagi Penerima BSH 2020
Kemaskini bpn