Cara Mohon Dan Semak Status Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB Bagi Pelajar B40

Cara Mohon Dan Semak Status Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB Bagi Pelajar B40. Berita baik buat pelajar sekolah yang keluarga berpendapatan rendah B40. Untuk makluman, YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan dari keluarga berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih untuk sesi pembelajaran di rumah. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat pendaftaran secara atas talian (online) menerusi laman web rasmi YTL Foundation.

Cara Mohon Dan Semak Status Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB Bagi Pelajar B40

Selain pemberian bantuan telefon pintar, pelajar yang terpilih akan turut menerima kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit. Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB iaitu 10GB sebulan selama setahun. Dengan adanya telefon pintar membolehkan anak anda akses pembelajaran dan kuiz ulangkaji menerusi aplikasi FrogPlay atau e-Learning KPM.

Cara Mohon Dan Semak Status Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB Bagi Pelajar B40

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran telefon pintar percuma dari Yayasan YTL termasuk syarat kelayakan dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB

  1. Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
  2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40

Apa Dimaksudkan Dengan Keluarga B40?

  • Mengikut takrif kerajaan Malaysia, keluarga B40 terdiri daripada mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000.
  • Status yang telah diluluskan oleh kerajaan ini adalah sebahagian daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH).

Cara Pendaftaran Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB

Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40 :

1. Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
i. Nombor MyKid/MyKad murid
ii. Nombor MyKad Ibubapa
iii. Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

2. Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’.

3. Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.

Cara Mohon Dan Semak Status Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB Bagi Pelajar B40

4. Setelah itu, anda hendaklah mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online ke pautan ini https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.

5. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang diperlukan.

Cara Mohon Dan Semak Status Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB Bagi Pelajar B40

Cara Semakan Status Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB

1. Anda akan dimaklumkan menerusi e-mel. Ibubapa akan turut menerima e-mel berkenaan langkah seterusnya iaitu proses pendaftaran.

2. Ibubapa perlu mengikuti proses proses pendaftaran serta mengemukakan maklumat terperinci, termasuk memuat naik:

  • Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
  • Satu salinan MyKad ibubapa
  • Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40

3. Ibubapa haruslah mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pendaftaran mereka terbatal dan dianggap tidak berjaya.

4. Sekiranya ibubapa memerlukan bantuan, sila berhubung dengan ibubapa dan hulurkanlah bantuan dimana perlu

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
ytlfoundation@ytl.com.my

No. Tel: +603 2038 0888
No. Fax: +603 2038 0388

BACA JUGA : Cara Mohon Dan Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 & OKU

Penafian : Laman web myinformasi hanya kongsikan informasi ini kepada orang ramai sebagai pengetahuan umum sahaja. Tidak kaitan atau terlibat dengan pihak Yayasan YTL.

Leave a Reply