Cara Mohon Dan Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 & OKU

Cara Mohon Dan Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 & OKU. Berita baik buat golongan berpendapatan rendah B40 dan Orang Kurang Upaya (OKU). Untuk makluman, bagi isi rumah bawah (B40) dan Orang Kurang Upaya yang masih belum menerima set dekoder myFreeview percuma digesa membuat permohonan segera yang masih dibuka sehingga 31 Mei 2020. Dalam satu makluman daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pemohon yang berminat menerima dekoder percuma myFreeview perlu mengisi borang permohonan menerusi laman web rasmi www.mytvbroadcasting.my/B40.

Cara Mohon Dan Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 & OKU

Apa Itu MYTV? Inisiatif pemberian dekoder tambahan myFreeview secara percuma itu adalah untuk memastikan tiada golongan yang tercicir dalam mengakses informasi dan hiburan secara mudah, percuma dan berkualiti melalui penyiaran TV digital. Kerajaan melalui SKMM memperuntukkan sebanyak 300,000 unit dekoder tambahan kepada isi rumah B40 dan OKU di seluruh negara.

Cara Mohon Dan Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 & OKU

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Set Dekoder Percuma MyFreeview termasuk memaparkan pendaftaran, semakan status dan tuntutan MYTV :

Tarikh Permohonan : Sehingga 31 Mei 2020

Apakah Televisyen Terestrial Digital?

Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ianya merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk menutup siaran tv analog pada tahun 2018.

Apa Itu MYTV/ MyFreeview?

MyFreeview adalah jenama platform TV digital tanpa bayaran bulanan menampilkan 15 saluran televisyen definisi tinggi (HD) dan enam saluran radio. Ini kerana siaran konvensional sekarang analog akan ditamatkan perkhidmatan bagi menyediakan siaran dan gambar yang lebih baik sesuai dengan status negara yang semakin berkembang. Penerima BSH/BRIM terpilih ada yg mendapat decoder secara percuma dari kerajaan.

Senarai Siaran MYTV Percuma

MYTV menyediakan siaran-siaran percuma untuk saluran-saluran TV termasuk saluran radio yang tersenarai seperti di bawah.

  • TV1 (HD)
  • TV2 (HD)
  • TV Okey
  • RTM Sports HD
  • RTM Bes HD
  • TV3 (HD)
  • CJ Wow Shop (Melayu)
  • CJ Wow Shop (Cina)
  • NTV7
  • 8TV
  • TV9
  • TV Al-Hijrah (HD)
  • Bernama News Channel
  • Nasional FM
  • Traxx FM
  • Minnal FM
  • Ai FM
  • Klasik FM
  • Asyik FM

Cara Permohonan Dekoder MYTV Percuma Online

Pemohon diminta mengisi butiran diri yang lengkap iaitu nama, nombor kad pengenalan, alamat penuh serta nombor telefon atau menghubungi MYTV Careline di talian 1800-18-1088/1-300-80-6988 untuk memudahkan proses pengagihan set dekoder percuma myFreeview kepada mereka yang layak.

Nota : Selepas tarikh tutup 31 Mei ini kelayakan permohonan isi rumah B40 dan OKU akan disemak dan penghantaran dekoder melalui perkhidmatan kurier akan dilaksanakan ke seluruh negara secara berperingkat mulai Jun.

Cara Semak dan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma

1. Untuk semakan status dekoder MYTV percuma boleh dibuat di pautan https://status.mytvbroadcasting.my/interest.htm

2. Di bahagian halaman akan dipaparkan bagi dua kategori iaitu Isi Rumah B40 dan OKU yang berdaftar dengan JKMM.

3. Kemudian, klik pada butang ‘Isi Rumah B40’ bagi golongan B40.

4. Masukkan nombor kad pengenalan anda untuk membuat semakan. Kemudian, klik pada butang ‘semak’.

5. Bagi yang berjaya menerima MYTV akan dipaparkan status ‘TAHNIAH’.

6. Anda perlu membuat pengemaskinian maklumat dengan lengkap.

7. Setelah selesai kemaskini, tick ✅ pada kotak kecil untuk pengesahan maklumat anda.

8. Klik pada butang ‘Hantar’.

Semak Keputusan Kelayakan Permohonan MYTV

Selepas tarikh tutup pada 31 Mei 2020, kelayakan permohonan isi rumah B40 dan OKU akan disemak dan penghantaran dekoder melalui perkhidmatan kurier akan dilaksanakan ke seluruh negara secara berperingkat mulai Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi MYTV Broadcasting http://www.mytvbroadcasting.my.

2 Comments

    • MyInformasi May 22, 2020

Leave a Reply