Permohonan Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB Untuk Pelajar Sekolah B40 (YTL). Berita baik buat pelajar sekolah yang ingin belajar di rumah tetapi tidak mempunyai peranti mudah alih. Untuk makluman, Yayasan YTL dengan kerjasama YES dan FrogAsia menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan dari keluarga berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih untuk sesi pembelajaran di rumah. Adanya telefon pintar membolehkan anak anda akses pembelajaran dan kuiz ulangkaji menerusi aplikasi FrogPlay atau e-Learning KPM. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi YTL Foundation.

Selain pemberian bantuan telefon pintar, pelajar yang terpilih akan turut menerima kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit. Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB iaitu 10GB sebulan selama setahun.
Permohonan Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB Untuk Pelajar Sekolah B40 (YTL)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran telefon pintar percuma dari Yayasan YTL termasuk syarat kelayakan dan cara permohonan :
Syarat Kelayakan Pendaftaran dan Maklumat Telefon Pintar Percuma YTL
A. Syarat Kelayakan
a. Ibu bapa mesti penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020.
b. Mempunyai anak Sekolah Kerajaan.
c. 1 keluarga layak menerima satu set telefon pintar percuma sahaja
B. Maklumat Telefon Pintar YTL
Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40:
1. Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
i. Nombor MyKid/MyKad murid
ii. Nombor MyKad Ibubapa
iii. Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
2. Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’.
3. Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.

KLIK 👉 NAMAKAN DISINI
Cara Pendaftaran Telefon Pintar Percuma & Data 120GB
- Nama kan pelajar yang memerlukan bantuan. Isikan butiran peribadi anda, pelajar yang terpilih beserta ibu bapa pelajar. Untuk isi maklumat boleh dibuat secara online di laman web https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/
- Borang dilengkapkan oleh ibu bapa. Sekiranya sah, ibu bapa akan menerima notifications emel untuk melengkapkan proses permohonan termasuk memuat naik borang B40 mereka.
- Penghantaran telefon bimbit percuma dengan data 120GB kepada pelajar yang dinamakan. Sekiranya permohonan berjaya, guru dan ibubapa akan menerima emel berkenaan penghantaran.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388
Sumber : YTL Foundation



Anak saya memerlukan telefon pintar ini untuk pembelajaran di rumah
Anak perlu telephone pinter…..ini for belajar di rumah
yes says perlu kan telefon binbit untuk menbuat Kja sekolah
Saya pun memerlukan hp ini umur anak 6tahun dan 11tahun..dengan adanya hp ini mereka boleh berkongsi ilmu
Saya perlu telefon pintar….
Saya memerlukan, telefon ni..untuk pemblajaran anak2..masalahnya kena melalui guru2..susah sikitlh..
Saya perlukan telefon pintar ini UTK ank senang UTK belajar
Anak memerlukan telephone pintar untuk pembelajaran
Anak 4 orang mahu kn smartphone secara percuma tuk pembelajaran d rumah
Saya betul2 memerlukan hp ini untuk anak saya belajar
Anak memerlukan telefon pintar nye sendiri untuk membuat kerja sekolah
Anak saya memerlukan telefon pintar utk membuat tugasan online yg diberikan oleh guru sekolah…
ANAK PERLU TELEPHONE PINTAR FOR BELAJAR….4 ANAK SHARE 1 HP JEEE……TAK CUKUP …..SAYA MEMERLUKAN EXTRA PHONE FOR KIDS
Rasanya satu keluarga 1 fon ja
Assalamualaikum… Sya da mohon sebulan yg lalu tp xdpt lg sya xtau lulus ke tidak… Sya amat perlu kan telepon ni memandang kan anak sya 2 orang yg belajar dalam talian mengguna kan satu hp sja.. Sekira nya dapat amat laa memudah kan anak2 sya belajar tanpa berkongsi
Sya da apply tp x taw lulus ka tak..mcm x ada respon dri ytlfoundation..kta akan col p nmbor kita tp mcm da sebulan tp tiada jga..
Assalamualaikum…saya mahu mohon bantuan telefon pintar untk anak saya berumur 10 ..untk belajar….dgn cara bantuan kerajaan kmi berasa lega sikit ..sbb anak kami boleh berlajar dirumah ..
Anak saya memerlukan telefon pintar supaya memudahkan dia belajar secara on line..anak saya belum mempunyai telefon lagi…
Saya amat memerlukan telefon pintar untuk pembelajaran anak saya dirumah…
Harap harap ada rezeki
assalamualaikum..saya mohon bntuan telefon kerana saya tidak mmpu utk beli telefon pintar utk anak saya kerana hnya bekerja biasa..saya ingin memohon bantuan ini juga supaya anak saya boleh membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru semasa pkpb ini..mungkin dengan cara bantuan ini anak saya mampu menyelesaikan tugasan yang diberi guru dengan lebih mudah..saya berharap agar mempunyai peluang untuk menerima telefun ini
Mengapa permohonan saya tidak lulus,
Saya nak telefon bimbit boleh ke.
Sy mohonan telefon percuma untuk kepelu sy diri sy ,sy mohonan sy lulus permohonan sy ni nk kan telifom ini