Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Dibuka Secara Online JPW (PENJANA)

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Dibuka Secara Online JPW (PENJANA). Berita baik buat golongan ibu tunggal yang memerlukan bantuan kewangan untuk menyara hidup seharian. Untuk makluman menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu bantuan baharu iaitu Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) khususnya kepada ibu tunggal yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dijangka 190,000 ribu golongan orang kurang upaya (OKU) dan 150,000 ibu tunggal yang disenarai di bawah JKM akan terima bantuan sebanyak RM300 sebelum Aidiladha. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat pendaftaran baru secara atas talian (online) menerusi laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita.

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Dibuka Secara Online JPW (PENJANA)

Bantuan ini adalah berdasarkan pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020 melalui Pejabat Pembangunan Wanita, JKM Negeri dan menerusi portal JPW.

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Dibuka Secara Online JPW (PENJANA)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas Ibu Tunggal termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah bantuan dan cara pendaftaran serta semakan status :

Definisi Ibu Tunggal

Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah :

  • Taraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
  • Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
  • Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau tidak sah taraf).

Syarat Kelayakan Bantuan Khas Ibu Tunggal

Kategori yang layak menerima BKIT adalah seperti berikut :

  • Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran (Definisi Ibu Tunggal).
  • Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.

Bantuan JKM RM300 One-Off Bagi Ibu Tunggal Dan OKU

Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, kerajaan Malaysia mengumumkan seramai 300,000 OKU termasuk ibu tunggal tersenarai dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha tahun 2020.

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Dibuka Secara Online JPW (PENJANA)
Foto Kredit : KPWKM

Cara Daftar Bantuan Ibu Tunggal RM300 Di JPW

A. Pendaftaran Secara Online

Menurut portal Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), pendaftaran ibu tunggal boleh dibuat menerusi laman web Jabatan Pembangunan Wanita https://www.jpw.gov.my/ibu-tunggal-penjana/

1. Sila isi borang mengikut negeri pemohon.

2. Pemohon perlu log masuk ke akaun Google untuk mengisi borang permohonan.

3. Lengkapkan borang permohonan anda dengan tepat.

B. Permohonan Secara Manual

Permohonan juga boleh dikemukakan di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri/ Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah (Bagi pemohon di Sabah) atau Pejabat JKM Sarawak/ Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi pemohon di Sarawak).

Sila kemukakan permohonan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan iaitu :

  • Salinan MyKad
  • Salinan Penyata Akaun tahun semasa
  • Salinan Sijil Kahwin/ Sijil Cerai/ Sijil Kematian
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak yang Belum Berkahwin/ MyKid/ MyKad/ Sijil Pengangkatan dari JPN
  • Salinan Slip Gaji Terkini/ Pengesahan Pendapatan (Cth : Surat Pengesahan daripada Penghulu/ Majikan)
  • Surat Akuan Doktor (jika berkenaan)
  • Surat Akuan Sumpah (sekiranya dalam proses penceraian)
Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Dibuka Secara Online JPW (PENJANA)

Nota : Pemohon perlu memilih kategori, mengisi maklumat peribadi, maklumat waris, tanggungan dan bantuan yang diterima (Penerima bantuan dari agensi berlainan masih layak untuk menerima Bantuan Khas Ibu Tunggal jika berkelayakan).

Kaedah Bayaran Bantuan Khas Ibu Tunggal

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif. Bayaran adalah mulai Julai sehingga November 2020.

Artikel Berkaitan : Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Bekerja Sendiri & Suri Rumah

Semakan Status Bantuan Khas Ibu Tunggal

Status kelulusan bantuan ini akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Soalan Lazim Bantuan Khas Ibu Tunggal

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Dibuka Secara Online JPW (PENJANA)

BACA JUGA : Cara Daftar eKasih Untuk Terima Pelbagai Bantuan

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :

Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-25, No. 55,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia

No. Telefon : 03 – 8323 1000
No. Faks : 03 – 8323 2034
Email : infojpw@jpw.gov.my
Website : www.jpw.gov.my

Cara Mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Dibuka Secara Online JPW (PENJANA)

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita. Laman ini hanya kongsikan dan memberitahu tentang bantuan yang diumumkan oleh kerajaan. Untuk makluman lanjut sila layari ke laman web rasmi JKM dan JPW.

Leave a Reply