Cara Mohon Bantuan i-Suri KWSP 2021 Untuk Surirumah RM480 Setahun

Cara Mohon Bantuan i-Suri KWSP 2021 Untuk Surirumah RM480 Setahun. Anda suri rumah? Berita baik buat golongan suri rumah yang ingin membuat caruman KWSP. Untuk makluman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan satu insentif khas iaitu i-Suri khususnya kepada golongan suri rumah yang berminat membuat caruman KWSP. Bagi caruman i-Suri KWSP anda akan menerima sumbangan sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun seberikutnya. Bantuan kematian turut disediakan dalam insentif i-Suri berjumlah RM2,500. Bagi anda yang berkelayakan boleh daftar i-Suri KWSP dengan memuat turun borang permohonan menerusi laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my.

Cara Mohon Bantuan i-Suri KWSP 2021 Untuk Surirumah RM480 Setahun

i-Suri KWSP adalah merupakan satu insentif yang diperkenalkan oleh KWSP bertujuan untuk menggalakkan pihak suami membuat caruman bulanan secara sukarela mengikut kemampuan ke akaun KWSP isteri yang tidak bekerja sebagai perlindungan persaraan dan asas keselamatan sosial.

Cara Mohon Bantuan i-Suri KWSP 2021 Untuk Surirumah RM480 Setahun

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Suri KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, faedah, cara bayaran dan pendaftaran :

Syarat Kelayakan Daftar i-Suri

Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP adalah iaitu :

  • Warganegara Malaysia.
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Daftar eKasih Online

Faedah i-Suri KWSP

Bagi caruman i-Suri KWSP anda akan menerima beberapa faedah adalah iaitu :

  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500

Siapakah Yang Boleh Mencarum

i. Diri sendiri (isteri)

ii. Suami kepada pasangan yang layak

Nota : Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

Cara Daftar i-Suri KWSP

Pendaftaran i-Suri boleh dibuat dengan hadir di mana-mana cawangan KWSP dengan membawa bersama MyKad beserta dua borang permohonan yang boleh di muat turun menerusi pautan di bawah :

Untuk maklumat lanjut tentang i-Suri KWSP, sila layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/.

BACA JUGA :

Leave a Reply