Cara Mendaftar i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri/ Suri Rumah, Terima Insentif RM250 Percuma Setahun. Bekerja sendiri? Panduan buat semua penjawat awam yang sudah mendapat pencen atau golongan bekerja sendiri dan tiada potongan KWSP. Untuk makluman, kini golongan bekerja sendiri termasuk surirumah boleh carum KWSP sendiri yang dikenali sebagai i-Saraan. Menurut Pelan Pemulihan Ekonomi, kerajaan mengumumkan pemberian geran padanan sebanyak RM50 juta untuk pekerja dalam sektor ekonomi gig untuk membuat simpanan KWSP mereka melalui program i-Saraan. Pemohon boleh membuat pendaftaran i-Saraan KWSP dengan memuat turun borang permohonan di laman web KWSP.

Insentif Persaraan atau ringkasnya i-Saraan adalah program caruman sukarela KWSP dengan insentif untuk golongan yang bekerja sendiri atau suri rumah. Inisiatif ini untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
Cara Mendaftar i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri/ Suri Rumah, Terima Insentif RM250 Percuma Setahun
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Saraan KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, faedah i-Saraan dan cara pendaftaran :
Syarat Kelayakan i-Saraan KWSP
- Warganegara Malaysia
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Orang yang bekerja sendiri
- Merupakan ahli KWSP
- Mendaftar melalui borang KWSP 16G (M)
Nota: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.
Senarai Faedah Insentif i-Saraan KWSP
- Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
- Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
- Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
- Bantuan Kematian: RM2,500
Had Bayaran
- Minimum – Tiada had
- Maksimum – RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Artikel Berkaitan : Cara Semak Penyata Dan Baki KWSP
Siapakah pihak yang tergolong di dalam bekerja sendiri?
- Petani/ nelayan/ pemandu teksi
- Pengasuh Bayi
- Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
- Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
- Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, pelakon, penyanyi, jurulatih kesihatan, perunding)
- Pemilik perniagaan dalam talian
- Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
- Pemilik praktis sendiri (cth: peguam, akauntan, doktor)
- Suri rumah
- Pekerja Berpencen

Cara Daftar i-Saraan KWSP
Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan dan perlu disertakan seperti berikut :
- MyKad
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
Cara Bayaran Insentif i-Saraan KWSP
a. Melalui kaunter KWSP atau ejen bank yang dilantik.
- Menggunakan Borang i-Saraan (KWSP 6A (2))
- Hendaklah diserahkan bersama cek/ bank draf/ wang pos dan tunai bawah RM500
b. Perbankan internet
Untuk maklumat lanjut tentang i-Saraan, sila layari laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my.
BACA JUGA : Cara Daftar i-Suri KWSP Bagi Suri Rumah
Sumber : KWSP
Saya telah daftar dah tetapi x dah reply lagi