Cara Semak Penyata KWSP, Baki & Status Pengeluaran Melalui i-Akaun (i-Lestari)

Cara Semak Penyata KWSP, Baki & Status Pengeluaran Melalui i-Akaun (i-Lestari). Nak semak penyata i-Akaun KWSP? Panduan buat Ahli KWSP yang ingin membuat semakan penyata, baki dan status pengeluaran KWSP. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada menyediakan satu portal online iaitu i-Akaun untuk memudahkan Ahli membuat semakan penyata, baki dan status pengeluaran KWSP. Kini, anda boleh semak transaksi pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan berikutnya secara atas talian (online) melalui Portal i-Akaun.

Cara Semak Penyata KWSP, Baki & Status Pengeluaran Melalui i-Akaun (i-Lestari)

Cara Semak Penyata KWSP, Baki & Status Pengeluaran Melalui i-Akaun (i-Lestari)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Akaun KWSP termasuk memaparkan semakan penyata, pengeluaran i-Lestari dan baki melalui i-Akaun :

Apa itu i-Akaun KWSP?

I-Akaun KWSP adalah satu portal online yang dikelolakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk memudahkan Ahli atau pencarum KWSP menyemak status pengeluaran, semakan penyata dan baki. Selain itu, anda juga boleh menggunakan i-Akaun KWSP menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Apple App dan Google Play Store.

Cara Semakan Penyata i-Akaun KWSP Online

A. Pendaftaran Dan Pengaktifan i-Akaun KWSP

Anda perlu membuat pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun KWSP sama ada menerusi emel atau ke kaunter KWSP dan Kiosk KWSP.

B. Log Masuk Ke i-Akaun KWSP

  1. Untuk log masuk akaun boleh layari menerusi portal KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Taipkan ‘Kod Pengaktifan’ yang diterima dalam ruangan USER ID. Peringatan pengaktifan perlu dibuat dalam masa 30 hari selepas diterima.
  3. Seterusnya, masukkan ‘Kata Laluan Sementara’ dan klik pada butang ‘Login’. Apabila pengaktifan selesai dan menerima notifikasi berjaya.
  4. Log masuk dengan ID baru.
  5. Sekarang anda boleh buat semakan penyata secara online.

C. Semakan Penyata KWSP Online

  1. Log in akaun menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.
  2. Klik pada ‘Akaun Peribadi’ dan pilih tahun pada ruangan ‘Lihat Penyata Bagi Tahun’.
  3. Klik pada butang ‘Cari’ dan maklumat penyata akan dipaparkan.
  4. Anda boleh memilih untuk mencetak atau memuat turun penyata tersebut.

Artikel Berkaitan : Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP Melalui Emel Untuk Pengaktifan

Cara Semak Transaksi Pengeluaran i-Lestari KWSP

Bagi Ahli yang membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP boleh menyemak status transaksi bayaran atau pemotongan wang secara online menerusi portal i-Akaun.

  1. Log in i-Akaun.
  2. Klik pada butang ‘Withrawal’.
  3. Kemudian, klik pada ‘Withrawal History’.
  4. Akan dipaparkan sama ada transaksi pengeluaran dibuat atau tidak.
Cara Semak Penyata KWSP, Baki & Status Pengeluaran Melalui i-Akaun (i-Lestari)

Kegunaan Dan Kemudahan i-Akaun KWSP

Antara kegunaan dan kemudahan yang disediakan dalam portal i-Akaun :

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun ini dan seberikutnya
  • Menyemak status pengeluaran
  • Menyemak transaksi caruman
  • Mengemaskini profil
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian KWSP 03 – 8922 6000 atau mana-mana Pejabat KWSP di seluruh Malaysia.

One Response

  1. piongkianchieng June 4, 2020

Leave a Reply