Cara Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri Bahasa Arab & Rumi

Cara Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri Bahasa Arab & Rumi | 1 Syawal adalah merupakan hari istimewa buat umat Islam untuk menyambut perayaan setelah melaksanakan ibadat puasa Ramadhan yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam. Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan satu amalan yang disyariatkan. Ianya dilafazkan dengan suara yang nyaring sama ada di rumah, di jalan-jalan dan di tempat-tempat awam. Berikut dikongsikan panduan lafaz takbir raya Aidilfitri buat umat Islam yang bakal menyambut hari Raya Aidilfitri 2018 pada hari Jumaat, 15 Jun 2018 bersamaan 1438H.

Cara Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri Bahasa Arab & Rumi

Sunat bertakbir pada hari raya Aidil Fitri dan bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah Haji apabila matahari terbenam pada malam Aidil Adha hinggalah imam mula bersolat hari raya. Takbir adalah bertujuan untuk membesarkan dan mengagungkan Allah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Nya. Ianya adalah cara yang dianjurkan oleh Islam untuk menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan kita di atas ibadah wajib dan sunat yang kita lakukan pada Aidil Fitri dan Aidil Adha serta hari Tasyriq.

Cara Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri Bahasa Arab & Rumi

Berikut dikongsikan cara lafaz tadbir Hari Raya Aidilfitri yang lengkap dalam bahaa Arab dan Rumi :

○ Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Lengkap

Lafaz Takbir Hari Raya Dalam Bahasa Arab

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،

(3x kali) اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالحَمْدُ لِلهَ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،

اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Lafaz Takbir Raya Dalam Bahasa Rumi

a. Takbir umum:

Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar ….. Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil – hamd.

b. Bacaan lengkap:

Allaahu akbaru kabiiraa walhamdulillaahi katsiiraa,… wasubhaanallaahi bukrataw – wa ashillaa. Laa – ilaaha illallaahu walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiina walau karihal – kaafiruun. Laa – ilaaha – illallaahu wahdah, shadaqa wa’dah, wanashara ‘abdah, – wa – a’azza – jundah, wahazamal – ahzaaba wahdah. Laa – ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil

Semoga perkongsian cara lafaz tadbir hari raya Aidilfitri dapat dijadikan panduan buat semua umat Islam. Selamat menyambut hari raya Aidilfitri.

Leave a Reply