Cara Daftar Haji Guna Akaun KWSP Tanpa Deposit RM1,300

Cara Daftar Haji Guna Akaun KWSP Tanpa Deposit RM1,300. Simpanan anda tidak mencukupi untuk mendaftar haji? Panduan buat pencarum KWSP yang ingin membuat pendaftaran haji. Tahukah anda bahawa pendaftaran haji melalui KWSP juga boleh dilakukan dengan hanya mempunyai simpanan RM1,300. Pendaftaran ini boleh dilakukan dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan Tabung Haji dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP.

Cara Daftar Haji Guna Akaun KWSP Tanpa Deposit RM1,300

Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan adalah satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji tanpa perlu mendepositkan simpanan RM1,300 dalam akaun Tabung Haji.

Cara Daftar Haji Guna Akaun KWSP Tanpa Deposit RM1,300

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang daftar haji menggunakan akaun KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara mohon :

Syarat Kelayakan Pendaftaran Haji Ahli KWSP

Antara syarat-syarat kelayakan buat ahli KWSP yang layak untuk membuat pendaftaran haji melalui akaun pertama adalah seperti berikut :

a. Warganegara Malaysia

b. Beragama Islam

c. Mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM1,300.00

d. Berumur 14 tahun hingga 55 tahun sahaja

e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

f. Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif

Nota : Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.

Cara Permohonan Pendaftaran Haji Ahli KWSP

Melalui skim pendaftaran haji ahli KWSP, pendeposit Tabung Haji hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat pendaftaran haji.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/hajj

BACA JUGA :

Leave a Reply