Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2018/ 1439H di Malaysia

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2018/ 1439H di Malaysia | Bulan Ramadhan semakin menghampiri. Bilakah tarikh mula puasa Ramadhan tahun 2018 atau bersamaan 1439 Hijrah? Menurut tarikh penting Kalendar Islam tahun 2018/ 1439H yang dikeluarkan oleh JAKIM, tarikh mula Puasa Ramadhan 2018 seluruh negeri di Malaysia dijangka pada 17 Mei 2018 iaitu bersamaan dengan 1 Ramadhan 1439 Hijrah. Sepertimana anda ketahui, tarikh mula puasa Ramadhan adalah merupakan hari cuti umum bagi beberapa buah negeri tertakluk pengumuman rasmi daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan.

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2018/ 1439H di Malaysia

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2018/ 1439H di Malaysia

Menerusi Panel Pakar Falak Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1 Ramadhan 1439 Hijrah adalah jatuh pada 17 Mei 2018. Berikut dikongsikan adalah tarikh mula puasa bulan Ramadhan 2018 di seluruh Malaysia sebagai rujukan buat umat Islam :

○ Mula Puasa Ramadhan 2018 : 17 Mei 2018

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2018

Berikut dikongsikan adalah tarikh-tarikh penting dalam Kalendar Islam tahun 2018 yang dikeluarkan oleh JAKIM :

Tarikh Hijrah    Tarikh Masihi      Perkara

(1439)                   (2018)

27 Rejab               14 April    Israk dan Mikraj

1 Ramadhan         17 Mei     Awal Ramadhan

17 Ramadhan        2 Jun      Nuzul Al-Quran

1 Syawal                15 Jun       Hari Aidilfitri

1 Zulhijjah           13 Ogos      Awal Zulhijjah

10 Zulhijjah         22 Ogos     Hari Aidiladha

1 Muharam           11 Sep     Awal Muharam

12 Rabiulawal      20 Nov     Maulidur Rasul

BACA JUGA : Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2018 Malaysia

Semoga perkongsian Tarikh Puasa Bulan Ramadhan 2018 di Malaysia ini bermanfaat kepada umat Islam dan dijadikan rujukan. Selamat melaksanakan ibadat puasa Ramadhan dengan sempurna dan memperbanyakkan amalan solat sunat iaitu Solat Taraweh, bersedekah dan banyak lagi.

Leave a Reply