Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Lengkap

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Lengkap | Bilakah hari raya Puasa Aidilfitri tahun 2018 bersamaan 1 Syawal 1438H? Apabila berakhirnya bulan Ramadhan, maka tibanya bulan Syawal yang bakal disambut umat Islam setelah berjuang hawa nafsu dalam bulan Ramadhan. Sudah pastinya umat Islam akan menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kesyukuran kepada tuhan yang Esa. Berikut dikongsikan panduan solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang lengkap.

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Lengkap

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau lebih afdhal secara berjemaah pada awal pagi Hari Raya Puasa Aidilfitri. Hukumnya adalah sunat muakkad yang sangat-sangat dianjurkan oleh Rasullulah yang kebiasaanya dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Hari Raya Aidiladha.

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Lengkap

Berikut dikongsikan adalah panduan atau cara solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang lengkap buat umat Islam :

○ Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2018 Malaysia

Hukum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Solat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Bahasa Rumi dan Arab

1. Lafaz niat

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz tasbih

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

CARA MENUNAIKANNYA :

Rakaat Pertama

1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.

Ertinya:

Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.

2. Membaca doa iftitah

3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar

[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر]

4. Membaca surah al-Fatihah

5. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat kedua 

1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)

2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar

[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر]

3. Membaca surah al-Fatihah

4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua

6. Memberi salam

KHUTBAH IDULFITRI

Khutbah Idulfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Semoga perkongsian cara solat sunat Hari Raya Aidilfitri ini dapat dijadikan panduan buat umat Islam khususnya di Malaysia. Selamat menunaikan ibadat dan menyambut hari raya Aidilfitri 1438H.

Leave a Reply