Cara Kemaskini Dan Batal i-Lestari KWSP RM500 Sebulan Online

Cara Kemaskini Dan Batal i-Lestari KWSP RM500 Sebulan Online. Panduan buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ingin membuat kemaskini dan pembatalan i-Lestari KWSP. Untuk makluman, ahli KWSP boleh membuat pembatalan dan kemaskini i-Lestari KWSP secara dalam talian (online) menerusi portal ilestari.kwsp.gov.my. Ahli yang mendaftar i-Akaun juga boleh membuat pembatalan i-Lestari di portal i-Akaun.

Cara Kemaskini Dan Batal i-Lestari KWSP RM500 Sebulan Online

i-Lestari KWSP adalah satu inisiatif daripada kerajaan untuk pencarum KWSP bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat yang terkesan akibat Covid-19. Melalui inisiatif ini, ahli boleh membuat pengeluaran wang KWSP akaun kedua dengan minimum RM50 sehingga RM500 selama 12 bulan. Permohonan ini hanya boleh dibuat sehingga bulan Mac 2021.

Cara Kemaskini Dan Batal i-Lestari KWSP RM500 Sebulan Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Lestari KWSP termasuk memaparkan cara pembatalan dan kemaskini :

Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP

Kemudahan ini hanya kepada ahli yang menggunakan kaedah bayaran i-Lestari secara pengkreditan terus ke akaun.

1. Pengemaskinian i-Lestari KWSP boleh dibuat menerusi laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/ilestari/amendment

2. Anda boleh mengemaskini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran sekiranya perlu.

3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik pada butang ‘semak’.

Cara Kemaskini Dan Batal i-Lestari KWSP RM500 Sebulan Online

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Mohon i-Akaun KWSP di Kiosk

Cara Pembatalan i-Lestari KWSP Online

Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Lestari terdahulu sebagai rujukan untuk proses pembatalan.

1. Pembatalan pengeluaran i-Lestari boleh dibuat menerusi laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/ilestari.

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit anda.

3. Pilih bank dikehendaki dan masukkan nombor akaun bank.

4. Seterusnya, masukkan amaun dimohon setiap bulan.

5. Kemudian, klik ‘saya bukan robot’ dan klik pada butang ‘Hantar’.

Cara Kemaskini Dan Batal i-Lestari KWSP RM500 Sebulan Online

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim Pengeluaran i-Lestari KWSP boleh rujuk laman https://www.kwsp.gov.my/faq-i-lestari

Untuk makluman lanjut, sila layari ke laman web www.epf.gov.my atau emel ke ilestari@epf.gov.my.

BACA JUGA : Cara Permohonan dan Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP Online

Leave a Reply