Sinopsis Drama Risik Pada Hati Lakonan Alif Satar & Zara Zya. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Risik Pada Hati’ lakonan Alif Satar, Zara Zya dan Ummi Nazeera sebagai watak utama. Drama Risik Pada Hati akan mula bersiaran pada 27 Jun 2022 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di slot Akasia TV3. Drama ini diarahkan oleh Pali Yahya di bawah terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd dan menampilkan beberapa pelakon lain antaranya iaitu Shiqin Kamal, Izzue Islam, Ifa Raziah dan ramai lagi. Jom baca synopsis drama Risik Pada Hati!

Sinopsis Drama Risik Pada Hati Lakonan Alif Satar & Zara Zya
Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Risik Pada Hati termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : RISIK PADA HATI
EPISOD : 35
TARIKH : 27 Jun 2022
WAKTU SIARAN : Setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia (TV3)
PENULIS SKRIP : Hani Ramsul
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Alif Satar, Zara Zya, Ummi Nazeera, Shiqin Kamal, Izzue Islam, Ifa Raziah, Trisha Ooi, Shazia Rozaini
Senarai Pelakon Drama Risik Pada Hati
- Alif Satar sebagai Adam
- Zara Zya sebagai Aisha
- Ummi Nazeera sebagai Hayfa
- Shiqin Kamal sebagai Suhara
- Izzue Islam sebagai Nazrin
- Ifa Raziah
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang Adam (Alif Satar) dan Hayfa (Ummi Nazeera) yang sangat bahagia dengan perkahwinan namun Hayfa tidak mampu memberikan zuriat kepada suaminya. Suatu hari, Hayfa meminta Adam berkahwin lain dan Adam akhirnya bersetuju menerima Aisya (Zara Zya) sebagai isteri keduanya.
Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Selepas kehadiran Umar, kebahagian kehidupan mereka mula goyah. Ada yang cuba menjadi batu api sehingga timbul curiga dan prasangka dalam diri Hayfa dan Aisya.
Lagu Tema Drama Risik Pada Hati
Seribu Gundah – Hariz & Wanie
BACA JUGA : Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga
Sumber : wikipedia