Cara Daftar i-Akaun KWSP Di Kiosk RHB Bank

Cara Daftar i-Akaun KWSP Di Kiosk RHB Bank. Nak daftar i-Akaun KWSP? Panduan buat pencarum yang ingin membuat pendaftaran i-Akaun KWSP untuk permohonan pengeluaran i-Lestari. Mungkin ramai yang tidak tahu sekarang Kiosk KWSP sudah dibuka untuk sesiapa yang belum daftar i-Akaun. Buat masa sekarang anda boleh daftar i-Akaun KWSP di Kiosk RHB Bank. i-Akaun KWSP adalah sistem aplikasi online bagi Ahli KWSP dan majikan yang membolehkan anda menyemak maklumat caruman l, penyata dan transaksi akaun pada bila-bila masa sahaja.

Cara Daftar i-Akaun KWSP Di Kiosk RHB Bank

Cara Daftar i-Akaun KWSP Di Kiosk RHB Bank

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran i-Akaun KWSP di Kiosk termasuk memaparkan langkah-langkah :

Langkah Pertama

a. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
b. masukkan nombor telefon terkini (aktif) dan cap jari anda.
c. Tunggu dalam 10 saat akan keluarkan kertas. Akan dipaparkan nombor ID anda beserta dengan sms password yang dihantar oleh KWSP.

Langkah Kedua

a. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan cap jari.
b. Sila pilih pada butang ‘Check Penyata’. Akan keluarkan kertas dengan sekali penyata akaun pertama dan akaun kedua. Sekali baki keseluruhan.

Langkah Ketiga

a. Sila install i-Akaun Mobile
b. Masukkan nombor ID serta password.
c. Masukkan lagi sekali nombor ID tadi dan masukkan password baharu. Anda boleh buat pilihan sama ada key in password baru atau guna ‘fingers print‘.

Artikel Berkaitan : Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP Melalui Emel

Kemudahan i-Akaun KWSP Bagi Ahli

Antara kemudahan sistem online i-Akaun kepada Ahli KWSP adalah seperti berikut :

○ Memohon e-Pengeluaran

○ Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya

○ Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran

○ Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan

○ Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat

○ Menyemak log aktiviti i-Akaun

○ Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 atau akses ke enquiry KWSP.

BACA JUGA : Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Melalui i-Akaun

Leave a Reply