Semakan Penyata Caruman KWSP Online Melalui i-Akaun. Sudahkah anda memiliki i-Akaun KWSP? Panduan buat ahli yang ingin semak caruman KWSP tahun 2021. Untuk makluman, pendaftaran i-Akaun KWSP secara online, dimana terlebih dahulu anda perlu hadir ke mana-mana kaunter KWSP atau kiosk KWSP untuk mendapatkan PIN pengaktifan akaun KWSP. Dengan adanya i-Akaun KWSP, anda boleh mengakses akaun KWSP, mendapatkan penyata dan menyemak simpanan KWSP secara online tanpa perlu lagi beratur dan menunggu giliran.
Semakan Penyata Caruman KWSP Online Melalui i-Akaun
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan penyata caruman KWSP termasuk memaparkan aplikasi online :
Apa Itu Caruman KWSP?
Caruman bermaksud sejumlah wang yang dicarumkan kepada KWSP berdasarkan gaji bulanan seseorang pekerja. Caruman bulanan ini akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP pekerja berkenaan. Caruman KWSP pekerja terdiri daripada caruman bahagian pekerja dan caruman bahagian majikan.
Caruman KWSP boleh dibayar dalam bentuk:
- Tunai
- Wang pos
- Cek
- Perbankan internet
- Pemindahan dana secara elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT)
- Draf bank
Cara Semak Penyata Caruman KWSP Online
1. Untuk menyemak caruman KWSP atau EPF secara online, daftar i-Akaun terlebih dahulu di portal rasmi KWSP.
2. Untuk membuat pendaftaran i-Akaun KWSP, anda perlu hadir ke mana-mana kaunter KWSP, Kiosk KWSP atau juga menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad.
3. Setelah mendapatkan No PIN, anda perlu daftar akaun secara online ke portal KWSP.
4. Sila klik pada ‘Login Pertama Kali’ bagi AHLI pengguna baru yang mendaftar i-Akaun KWSP.
5. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan anda.
6. Masukkan nombor PIN yang telah didaftarkan di kaunter KWSP.
7. Kemudian, masukkan nama pengguna (Username) dan password pilihan sendiri. Klik butang ‘HANTAR’.
Setelah selesai pendaftaran i-Akaun KWSP online, anda sebagai AHLI boleh membuat permohonan e-Pengeluaran, menyemak penyata KWSP, mengira anggaran (pengeluaran, simpanan & pelaburan), mengemaskini profil, menyemak log aktiviti i-Akaun dan aktiviti transaksi KESP terkini hanya secara online.
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
a. Maklum balas online melalui enquiry
b. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000
c. Mana-mana Pejabat/ Kios KWSP