Cara Daftar Pengaktifan i-Akaun KWSP EPF Online. Panduan buat ahli KWSP yang belum memiliki i-Akaun KWSP, dimana kini anda boleh membuat semakan caruman KWSP secara atas talian (online) dengan mendaftar akaun terlebih dahulu untuk pengaktifan i-Akaun KWSP. Untuk makluman, i-Akaun adalah merupakan satu sistem aplikasi online bagi akaun KWSP Ahli atau Majikan.
Sebenarnya, i-Akaun telah diperkenalkan pada tahun 2004 untuk membolehkan pencarum KWSP menyemak maklumat caruman dan transaksi akaun serta mendapatkan penyata secara online pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Bagi pendaftaran i-Akaun KWSP, pencarum perlu mendapatkan kod pengaktifan di mana-mana kaunter KWSP, melalui KIOSK KWSP atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP.
Cara Daftar Pengaktifan i-Akaun KWSP Online (EPF)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang mendaftar i-Akaun KWSP bagi Ahli atau Majikan termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi online :
Syarat Kelayakan Mendaftar i-Akaun KWSP
Antara syarat kelayakan mendaftar i-Akaun KWSP adalah seperti berikut :
i. Untuk ahli warganegara, mestilah mempunyai No.ID Ahli atau mempunyai nombor KWSP yang sah.
ii. Untuk ahli bukan warganegara, mestilah mempunyai passpor yang sah atau mempunyai nombor KWSP yang sah.
iii. Untuk majikan, mestilah mempunyai nombor KWSP yang sah.
Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP
A. AHLI
1. Untuk Ahli, anda boleh ke mana-mana Kiosk atau Kaunter KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad.
2. Kemudian, layari laman web KWSP dan klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) untuk mengaktifkan i-Akaun anda.
3. Pengaktifan akaun tersebut dalam tempoh 30 hari.
B. MAJIKAN
1.Untuk Majikan, wakil syarikat yang dilantik untuk menguruskan i-Akaun bagi pihak syarikat boleh mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i).
2. Setelah mendapat Kod Pengaktifan, layari laman web KWSP dan klik pada Login ke i-Akaun (Majikan) >> Pengaktifan i-Akaun untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.
Nota :
● Sekiranya anda telah mendaftar tetapi belum mengaktifkan i-Akaun anda, klik pada Panduan Login Kali Pertama (Ahli) sebagai rujukan pengaktifan atau Pengaktifan i-Akaun (Majikan). Sekiranya anda adalah pengguna sedia ada, klik pada Login Ke i-Akaun.
● Panduan pengaktifan i-Akaun KWSP dalam bentuk PDF di e-PANDUAN.
Cara Semakan Baki Akaun KWSP Online
1. Anda perlu mempunyai ID Pengguna dan kata laluan i-Akaun. Jika tiada, anda perlu mendaftar dahulu.
2. Jika anda sudah mempunyai i-Akaun, login ke i-Akaun dan klik pada pautan ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya.
Kemudahan i-Akaun KWSP bagi Ahli & Majikan
Ahli boleh:
○ Memohon e-Pengeluaran
○ Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
○ Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
○ Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
○ Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
○ Menyemak log aktiviti i-Akaun
○ Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini
Majikan boleh:
○ Menggunakan Perkhidmatan e-Caruman
– Penghantaran Borang A Beserta Bayaran
– Penghantaran Borang A Sahaja
– Penghantaran Bayaran Sahaja
○ Menggunakan Perkhidmatan e-CTML
– Penghantaran Penyelesaian CTML
○ Menyemak nombor KWSP pekerja
○ Mendaftar ahli baru KWSP
○ Mengakses kalkulator syer dividen bagi majikan Kerajaan
○ Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
○ Menyemak log aktiviti i-Akaun
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 atau akses ke enquiry KWSP.
Bagaimana saya mahu aktifkan i-akaun saya dan bagaimana nak dapatkan TAC.