Cara Daftar Aplikasi Mysejahtera Untuk Dapatkan Info COVID-19 (Download)

Cara Daftar Aplikasi Mysejahtera Untuk Dapatkan Info COVID-19 (Download). Sudahkah anda memuat turun aplikasi mobile Mysejahtera? Panduan buat rakyat Malaysia yang kini terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Untuk makluman, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu aplikasi baharu iaitu MySejahtera adalah aplikasi rasmi untuk tujuan menghentikan penyebaran Covid-19. Anda hanya perlu muat turun samada dari Google Play, App Store atau AppGallery dengan memasukkan kata kunci MySejahtera.

Cara Daftar Aplikasi Mysejahtera Untuk Dapatkan Info COVID-19 (Download)

Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Cara Daftar Aplikasi Mysejahtera Untuk Dapatkan Info COVID-19 (Download)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Aplikasi MySejahtera termasuk memaparkan fungsi dan cara pendaftaran :

Apakah aplikasi MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ianya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun dari Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Fungsi Aplikasi MySejahtera

Antara fungsi-fungsi Aplikasi MySejahtera adalah:

  1. Mengetahui risiko anda terhadap jangkitan COVID19.
  2. Melakukan pemeriksaan kendiri dari masa ke semasa.
  3. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID19 di Malaysia dan dunia.
  4. Mengetahui dan mencari hotspot COVID19 di sekitar anda.
Cara Daftar Aplikasi Mysejahtera Untuk Dapatkan Info COVID-19 (Download)

Cara Pendaftaran Aplikasi MySejahtera

Untuk mendaftar, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Imbas Kod QR di bawah atau klik pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my

Langkah 2: Masukkan nombor telefon bimbit anda atau alamat e-mel anda.

Langkah 3: Tekan ‘Hantar’. Anda akan menerima one time pin (OTP) melalui SMS daripada MySMS 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau emel (jika mendaftar menggunakan emel).

Langkah 4: Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’.

Langkah 5: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan ‘Hantar’. Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran Berjaya’.

Langkah 6: Muat turun aplikasi MySejahtera dan log masuk.

Sumber : KKM

Leave a Reply