Semakan Dan Tarikh Bayaran BSH Tambahan RM100 & e-Tunai RM50. Bilakah tarikh bayaran BSH tambahan RM150? Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020. Untuk makluman, menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 daripada kerajaan Pakatan Harapan pada 27 Februari 2020 mengumumkan akan menyalurkan bayaran tambahan berjumlah RM100 kepada setiap penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikreditkan ke dalam akaun bank dan RM50 akan disalurkan secara e-tunai. Menurut dalam portal BSH, bayaran tambahan ini akan diagihkan bersama Fasa 3 BSH mulai bulan Julai 2020.

Menurut petikan daripada Perdana Menteri Malaysia baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembayaran RM200 kepada setiap penerima BSH pada 16 Mac 2020 diawalkan daripada tarikh asal pada Mei 2020 melibatkan peruntukan RM760 juta dan memanfaatkan 3.8 juta penerima BSH.
Semakan Dan Tarikh Bayaran BSH Tambahan RM100 & e-Tunai RM50
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 termasuk memaparkan tarikh dan jumlah bayaran :
Tarikh Bayaran BSH Tambahan RM100 + RM50 e-Tunai
Buat masa sekarang belum ada lagi pengumuman rasmi daripada laman portal Bantuan Sara Hidup mengenai BSH Tambahan. Menurut portal jangkaan tarikh bayaran BSH adalah pada bulan Julai 2020.

Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup 2020
KATEGORI ISI RUMAH RM1000 (Isi Rumah Pendapatan RM2,000 Dan Ke Bawah)
| FASA | TARIKH | JUMLAH |
| Fasa 1 | 20 Februari 2020 | RM300 |
| Fasa 2 | 16 Mac 2020 Mei 2020 | RM200 RM100 + Tambahan RM100 + RM50 e-Tunai |
| Fasa 3 | Julai 2020 | RM400 |
KATEGORI ISI RUMAH RM750 (Isi Rumah Pendapatan RM2,001 Hingga RM4,000)
| FASA | TARIKH | JUMLAH |
| Fasa 1 | 20 Februari 2020 | RM300 |
| Fasa 2 | 16 Mac 2020 Mei 2020 | RM200 RM100 + Tambahan RM100 + RM50 e-Tunai |
| Fasa 3 | Julai 2020 | RM250 |
KATEGORI ISI RUMAH RM500 (Isi Rumah Pendapatan RM3,001 Hingga RM4,000)
| FASA | TARIKH | JUMLAH |
| Fasa 1 | 20 Februari 2020 | RM300 |
| Fasa 2 | 16 Mac 2020 | RM200 RM100 + Tambahan RM100 + RM50 e-Tunai |
| Fasa 3 | Julai 2020 | – |
KATEGORI BUJANG & OKU
| FASA | TARIKH | JUMLAH |
| Fasa 2 | 16 Mac 2020 Mei 2020 | RM200 RM100 + Tambahan RM100 + RM50 e-Tunai |
Semakan Bayaran Bantuan Sara Hidup 2020
Merujuk dalam portal BSH, semakan bayaran BSH akan diumumkan menerusi portal Bantuan Sara Hidup dalam masa terdekat. Penerima BSH akan menerima bayaran tambahan RM100 bersama bayaran Fasa 3 BSH yang akan dikreditkan ke akaun bank pada bulan Julai 2020.
Semakan permohonan BSH boleh dibuat secara online di laman web https://bsh.hasil.gov.my/
Artikel Berkaitan : Semakan Nombor Baucar BPN Pembayaran Tunai Di BSN
Cara Aktifkan e-Tunai RM50
e-Tunai adalah merupakan satu inisiatif daripada kerajaan Pakatan Harapan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi pada 27 Februari 2020 lalu, dimana akan menyalurkan dana tambahan dalam bentuk e-tunai sebanyak RM50 kepada penerima BSH. Dana tersebut akan disalurkan secara automatik pada bulan Mei 2020 dengan syarat anda sudah memiliki akaun e-Tunai. Antara eWallet yang terpilih bagi perlaksanaan program ini adalah Touch n Go eWallet, Boost dan GrabPay.
Untuk maklumat lanjut sila layari ke laman web https://bsh.hasil.gov.my/ atau emel ke bsh@treasury.gov.my.
BACA JUGA : eTunai Rakyat Pendaftaran dan Cara Tebus Kredit eWallet
Sumber : Harian Metro



Saya Ulul Azmi memohon. Sedikit bantuan untuk meyara keluarga yang ramai sebnyak 12 orang