Cara Pendaftaran Internet Banking MyBSN Secara Online (Login). Nak daftar banking online BSN? Panduan buat pengguna BSN yang ingin mendaftar internet banking MyBSN. Kini, Bank Simpanan Nasional (BSN) turut melancarkan perbankan online iaitu ‘MyBSN‘ khususnya kepada pengguna-pengguna BSN. Perbankan online ini membolehkan pengguna membuat transaksi dengan mudah tanpa perlu hadir ke mesin ATM.

Cara Pendaftaran Internet Banking MyBSN Secara Online (Login)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Internet Banking MyBSN termasuk memaparkan perkhidmatan banking online, cara pendaftaran dan login akaun :
Apakah myBSN?
MyBSN adalah merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet.
Perkhidmatan Internet Banking MyBSN
Antara perkhidmatan yang disediakan dalam banking online MyBSN iaitu :
- Fund Transfer
- Balance Inquiry
- Bill Payment
- Credit Card Payment
- Credit Card PIN Request
- Report Lost/ Stolen Card
- Prepaid Reload
- Online Application
- e-SSP Savings
- Financing Payment
- Apply for Credit Card
- e-Statement Download
Cara Daftar Internet Banking MyBSN
1. Untuk pendaftaran online, sila layari ke laman web rasmi BSN.
2. Kemudian, klik pada butang ‘First Time Registration’.
3. Setelah pada ‘Terms & Conditions’, klik pada butang ‘Accept’.
4. Masukkan nombor kad debit/ kredit. Isikan maklumat yang diperlukan sahaja. Card Verification Value (CVV2) boleh rujuk pada kad debit /kredit anda di bahagian belakang yang tertera tiga nombor.
5. Sekiranya anda Warganegara Malaysia, sila isikan ‘New IC Number’. Bagi yang guna passport bukan guna IC, pilih ‘Military IC/ Passport Number’.
6. Masukkan butiran username, password, kod OTP dan online image.
7. Pendaftaran anda telah berjaya. Tekan ‘click here’ untuk login dan masukkan username dan password anda.
Nota : Kod OTP boleh dapatkan dari nombor telefon yang berdaftar semasa proses pendaftaran akaun bank BSN dahulu. Jika berlaku ‘Unable to process your request’ dalam permohonan anda, sila telefon Customer Service Centre di talian 1300881900.
Cara Login MyBSN (Kali Pertama)
Berikut adalah cara login internet banking MyBSN selepas berjaya pendaftaran iaitu :
- Masukkan username anda.
- Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
- Masukkan kata laluan (password) yang didaftarkan.
- Setelah dapat akses, isikan maklumat peribadi anda.
Nota : Pertanyaan lanjut tentang soalan lazim MyBSN boleh kunjungi di https://www.mybsn.com.my/FAQ.
Sebarang keterangan lanjut, sila layari laman web rasmi BSN atau hubungi di talian 1300 88 1900.
BACA JUGA : Cara Mohon Skim Perumahan Belia (SPB) BSN MyHome



I already change my number phone ?how to do i cant register