Borang Rayuan BSH 2020 Dan Senarai Dokumen Sokongan (Download)

Borang Rayuan BSH 2020 Dan Senarai Dokumen Sokongan (Download). Berita baik buat pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 yang berstatus tidak lulus. Untuk makluman menerusi Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bagi pemohon BSH yang berstatus tidak lulus boleh kemukakan rayuan bermula daripada 7 Ogos hingga 6 September 2020. Permohonan rayuan ini boleh dilakukan secara dalam talian (online) atau hadir di mana-mana cawangan Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Borang Rayuan BSH 2020 Dan Senarai Dokumen Sokongan (Download)

Menurut Menteri Kewangan Malaysia, pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa ketiga sudah mula diagihkan bermula 24 Julai lalu membabitkan peruntukan hampir RM3 bilion. Pemberian bantuan ini dapat dimanfaatkan kira-kira 4.28 juta penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah termasuk 530,000 golongan bujang yang berusia 40 hingga 59 tahun.

Borang Rayuan BSH 2020 Dan Senarai Dokumen Sokongan (Download)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk memaparkan tarikh dan cara rayuan serta dokumen sokongan :

Tarikh Permohonan Rayuan BSH 2020

Bagi mereka yang berstatus tidak lulus boleh membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 yang akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Syarat Kelayakan Mohon Rayuan BSH 2020

a. Pemohon yang berstatus tidak lulus BSH 2020

b. Rayuan tambahan kelayakan anak dan perubahan pendapatan bagi pemohon yang berstatus tidak lulus BSH 2020

Masa Pembukaan Kaunter BSH

a. Semenanjung Malaysia : 9.00 pagi – 5.00 petang

b. Sabah/ Sarawak : 8.00 pagi – 4.00 petang

**Waktu operasi UTC adalah bergantung pada waktu yang telah ditetapkan bagi setiap UTC.

Cara Mohon Rayuan BSH 2020

A. Secara Manual (Isi Borang)

1. Permohonan rayuan BSH 2020 boleh juga dibuat secara manual iaitu isi borang. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi BSH atau hadir di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar.

2. Untuk muat turun borang permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat menerusi pautan https://bsh.hasil.gov.my/Download/Borang/2020/BK-07(BorangPermohonanRayuanBSH2020).pdf

Borang Rayuan BSH 2020 Dan Senarai Dokumen Sokongan (Download)
Borang Rayuan BSH 2020 Dan Senarai Dokumen Sokongan (Download)
Borang Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020

3. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap perlu disertakan dengan beberapa dokumen sokongan yang diperlukan mengikut kod tidak lulus BSH masing-masing. Anda boleh muat turun Borang Serahan Dokumen BSH 2020.

4. Penghantaran ke cawangan LHDN/ Pusat Khidmat Hasil dan Urban Transformation Centre (UTC).

Nota : Bagi anda yang ingin membuat rayuan BSH 2020 di kaunter LHDN, sila rujuk kod tidak lulus BSH dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk rayuan disini.

B. Secara Online

Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my. Permohonan rayuan secara online hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja.

Borang Rayuan BSH 2020 Dan Senarai Dokumen Sokongan (Download)
Permohonan rayuan BSH 2020 yang dibenarkan secara online

Semakan Status Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020

Keputusan permohonan rayuan BSH 2020 akan dimaklumkan selepas permohonan rayuan ditutup.

Sebarang keterangan lanjut tentang BSH, sila hubungi di talian :

  • Web : https://bsh.hasil.gov.my/
  • Hotline BSH LHDNM : 1-800-88-2747.
  • Hotline BSH MoF : 03-8882-4565
  • Emel : bsh@treasury.gov.my

BACA JUGA : Cara Claim RM50 ePENJANA Dan Redeem Melalui Boost, GrabPay & Touch n Go

Leave a Reply