Cara Menebus Data Internet Percuma Maxis, UMobile, Digi, Celcom, Yoodo & Unifi Mobile (PKP)

Cara Menebus Data Internet Percuma Maxis, UMobile, Digi, Celcom, Yoodo & Unifi Mobile (PKP). Nak tebus data internet percuma sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan? Panduan buat pelanggan telco Digi, Maxis, UMobile, Celcom, Yoodo dan Unifi Mobile yang nak menebus data internet percuma. Untuk makluman, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperuntukkan pakej internet khas percuma berjumlah RM600 juta kepada semua pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Penawaran data internet percuma ini hanya ditawarkan kepada semua pengguna talian mudah alih termasuk prabayar dan pascabayar bagi pelanggan Digi, Maxis, UMobile, Celcom, Yoodo dan Unifi Mobile. Anda boleh menikmati internet percuma ini bermula 1 April 2020 iaitu jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk ketahui lebih lanjut sila rujuk maklumat telco di bawah.

Cara Menebus Data Internet Percuma Maxis, UMobile, Digi, Celcom, Yoodo & Unifi Mobile (PKP)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tebus data internet percuma ketika Perintah Kawalan Pergerakan termasuk memaparkan keistimewaan :

MAXIS

Penawaran data percuma ini adalah untuk pengguna semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis tidak termasuk pelanggan MaxisOne. Penebusan perlu dibuat setiap hari dan boleh digunakan pada jam antara 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

  1. Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” 👉 pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”.
  2. Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” 👉 pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”.
  3. Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama 👉 pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda boleh aktifkan data ini menerusi tab “Shop”.

Maklumat lanjut tentang Maxis sila layari https://www.maxis.com.my/

CELCOM

Untuk pengguna Celcom, anda tidak perlu buat sebarang penebusan kerana data percuma akan dimasukkan ke dalam akaun anda secara automatik setiap hari. Data ini boleh dimanfaatkan mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Maklumat lanjut tentang Celcom sila layari https://www.celcom.com.my/

UMobile

UMobile menawarkan data percuma ini kepada semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband kecuali pengguna WeChat Go. Sama seperti Maxis, anda boleh gunakan data internet ini mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Penebusan perlu dilakukan sekali sahaja dan pelanggan akan terima secara automatik sehingga Perintah Kawalan Pergerakan tamat. Untuk penebusan internet percuma sila ikuti langkah di bawah ;

Dail 👉*118*6*7# untuk prabayar/ *118*7*6# untuk pascabayar

Maklumat lanjut tentang UMobile sila layari ke laman https://www.u.com.my/

DIGI

Cara Menebus Data Internet Percuma Maxis, UMobile, Digi, Celcom, Yoodo & Unifi Mobile (PKP)

Penawaran ini hanya diterima oleh pelanggan pascabayar dan broadband Digi sebanyak 1GB setiap hari. Penebusan boleh dibuat hanya melalui aplikasi MyDigi. Data ini boleh digunakan antara jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja. Mana-mana pelanggan prabayar Digi yang menambah nilai RM10 dan ke atas boleh menikmati internet serta panggilan percuma seperti berikut :

  • Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB internet dengan tambah nilai RM10 hingga RM29.99. Sah selama 3 hari sahaja.
  • Panggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM30 dan ke atas. Sah selama 7 hari sahaja.

Selain daripada itu, Digi turut menawarkan akses percuma selama satu bulan untuk pusat pembelajaran digital, JomStudi.

Maklumat lanjut tentang Digi sila ke laman https://community.digi.com.my/.

YOODO

Yoodo tampak lebih menarik daripada telco yang lain apabila pengguna data percuma ini boleh digunakan tanpa had iaitu bila-bila masa sahaja sepanjang hari. Data percuma akan dikreditkan ke pelan anda bermula 30 Mac sehingga 14 April 2020 dengan syarat talian anda sentiasa aktif. Data yang tidak habis digunakan juga boleh dikumpul dan gunakan bila-bila masa sahaja sehingga pelan anda luput.

Maklumat lanjut tentang Yoodo sila ke laman https://support.yoodo.com.my/

UNIFI MOBILE

Cara Menebus Data Internet Percuma Maxis, UMobile, Digi, Celcom, Yoodo & Unifi Mobile (PKP)

Unifi MMobile juga menawarkan Pas hotspot 999GB LTe secara percuma dimana boleh dimanfaatkan sehingga 14 April 2020. Ianya tersedia untuk semua pengguna Unifi Mobile Postpaid dan Unifi Mobile Biz Postpaid. Pengguna tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia di aktifkan secara automatik. Untuk langgan baru, pas ini akan tersedia ada dalam akaun selepas sehari pengaktifan akaun.

Leave a Reply