Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Online Dan Manual (Borang)

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Online Dan Manual (Borang). Nak buat rayuan BSH 2020? Berita baik buat pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 yang berstatus tidak lulus. Untuk makluman menerusi Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bagi pemohon BSH yang berstatus tidak lulus boleh kemukakan rayuan bermula daripada 7 Ogos hingga 6 September 2020. Permohonan rayuan ini boleh dilakukan secara dalam talian (online) atau hadir sendiri ke cawangan LHDN yang berdekatan.

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Online Dan Manual (Borang)

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Online Dan Manual (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk memaparkan tarikh dan cara rayuan serta dokumen sokongan diperlukan :

Tarikh Rayuan BSH 2020

Bagi mereka yang berstatus tidak lulus boleh membuat permohonan rayuan BSH 2020 yang akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Syarat Kelayakan Mohon Rayuan BSH 2020

a. Pemohon yang berstatus tidak lulus BSH 2020

b. Rayuan tambahan kelayakan anak dan perubahan pendapatan bagi pemohon yang berstatus tidak lulus BSH 2020

Artikel Berkaitan : Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40

Cara Mohon Rayuan BSH 2020

A. Secara Online

1. Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my. Permohonan rayuan secara online hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja.

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Online Dan Manual (Borang)
Kod Status Tidak Lulus BSH Dibenarkan Rayuan Online

2. Kemudian, sekiranya dipaparkan ‘Rayuan’, anda boleh kemukakan rayuan BSH secara online.

3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk dikemaskini.

4. Sekiranya selesai permohonan rayuan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Online Dan Manual (Borang)

Nota : Untuk permohonan rayuan BSH 2020 secara online hanya dibenarkan bagi kod tidak lulus BSH tertentu sahaja. Sila semak disini.

B. Secara Manual

1. Selain daripada status tidak lulus berkenaan, rayuan BSH 2020 boleh juga dibuat di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar.

2. Pemohon boleh muat turun borang permohonan rayuan BSH 2020 menerusi pautan https://bsh.hasil.gov.my/Download/Borang/2020/BK-07(BorangPermohonanRayuanBSH2020).pdf

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Online Dan Manual (Borang)

3. Pastikan anda membawa beberapa dokumen sokongan yang diperlukan mengikut kod tidak lulus BSH masing-masing. Anda boleh muat turun Borang Serahan Dokumen BSH 2020 disini.

Nota : Bagi anda yang ingin membuat rayuan BSH 2020 di kaunter LHDN, sila rujuk kod tidak lulus BSH dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk rayuan disini.

Semakan Keputusan Permohonan Rayuan BSH 2020

Keputusan permohonan rayuan BSH 2020 akan dimaklumkan selepas permohonan rayuan ditutup.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

  • Web : https://bsh.hasil.gov.my/
  • Hotline BSH LHDNM : 1-800-88-2747.
  • Hotline BSH MoF : 03-8882-4565
  • Emel : bsh@treasury.gov.my

BACA JUGA : Cara Claim RM50 ePENJANA Dan Redeem Melalui Boost, GrabPay & Touch n Go

Leave a Reply