Contoh Surat Permohonan Kerja Lengkap dan Padat

Contoh Surat Permohonan Kerja Lengkap dan Padat | Adakah anda ingin membuat permohonan pekerjaan untuk sektor kerajaan atau swasta? Panduan buat anda yang ingin membuat surat permohonan kerja yang lengkap dan tepat. Berikut dikongsikan adalah contoh surat permohonan kerja (application letter) dalam bahasa Melayu yang mudah sebagai panduan buat anda semua.

Contoh Surat Permohonan Kerja Lengkap dan Padat

Surat permohonan kerja perlulah dihantar dan dilampirkan bersama resume dan cover letter ketik mencari pekerjaan. Dengan adanya surat permohonan menampakkan anda benar-benar serius untuk menjawat kekosongan jawatan tersebut. Surat permohonan tidak semestinya ditulis dalam bahasa Inggeris kerana ianya boleh dibuat dalam bahasa Melayu mengikut kriteria permohonan pekerjaan anda.

Contoh Surat Permohonan Kerja Lengkap dan Padat

Berikut adalah contoh surat permohonan kerja yang lengkap dan mudah untuk sesebuah organisasi :

CONTOH 1

Pengarah, Sumber Manusia

Jabatan Kesihatan Daerah

Daerah Kuala Berang,

25600, Kuala Berang,

Terengganu

20 Mei 2017

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/ SETIAUSAHA

Perkara di atas dirujuk, saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Peribadi/ Setiausaha di organisasi tuan/puan.

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan April 2017.

3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Kulim Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[ Nama Penuh Anda ]

CONTOH 2

Murina Binti Mamat

No. 179, Rumah Rakyat,

Kampung Paya Baru,

71000, Port Dickson,

Negeri Sembilan

___________________________________________

Penolong Pengarah Perjawatan

Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia,

No. 2&4, Jalan Medan Setia 2,

Plaza Damansara, Bukit Damansara,

50490, Kuala Lumpur

19 SEPTEMBER 2017

Tuan/Puan,

PERMOHONAN UNTUK JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PEJABAT

Merujuk perkara di atas, saya Marina Binti Mamat (831203-03-5666) dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Pejabat di organisasi Tuan/Puan sepertimana yang telah di iklankan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia dalam sebuah akhbar tempatan.

2. Untuk makluman Tuan/Puan, saya memegang jawatan sebagai Pembantu Pejabat dan Juru Kira di Kimrima Enterprise Port Dickson. Saya juga mempunyai pengalaman yang luas dalam urusan pentadbiran pejabat. Jawatan ini merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk mencari dan memohon jawatan secara tetap di organisasi Tuan/Puan.

3. Saya juga mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer dan mahir dalam membuat surat menyurat. Saya juga merupakan seorang individu yang sentiasa berdedikasi, jujur dan bertanggungjawab dalam apa jua bidang yang saya ceburi.

4. Pengalaman saya dalam bidang pengkeranian ini telah banyak mengajar saya bagaimana untuk bekerja lebih efisyen dan efektif serta membantu saya membina hubungan kerja yang harmoni dengan pelbagai manusia yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

5. Untuk memudahkan pihak Tuan/Puan, saya juga menyertakan butiran peribadi yang lebih terperinci serta lampiran sijil-sijil yang telah disahkan untuk rujukan Tuan/Puan. Saya juga memohon agar Tuan/Puan menghubungi saya di talian 017-2963459 bagi mendapat tahu prospek dan peluang saya untuk berkerja di salah sebuah organisasi kebajikan yang sangat prihatin kepada masyarakat.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihakTuan/Puan. Keprihatinan Tuan/Puan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[ Nama Penuh Anda ]

Semoga perkongsian artikel ini dapat dijadikan panduan untuk anda menulis surat permohonan kerja yang lengkap dan mudah. Moga anda berjaya mendapat jawatan kosong yang telah dimohon.

Leave a Reply