Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 Bagi Isi Rumah & Tambahan RM480 Untuk Anak (Semak Status)

Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 Bagi Isi Rumah & Tambahan RM480 Untuk Anak (Semak Status). Bilakah tarikh bayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3 tahun 2020? Panduan buat penerima BSH tahun 2020 khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan bujang. Untuk makluman menerusi portal rasmi BSH, bayaran Bantuan Sara Hidup Fasa Ketiga dijangka akan dikreditkan mulai 24 Julai 2020. Penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dilakukan bersama Fasa 3 dengan melibatkan 5 juta penerima, iaitu 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang. Bagi golongan isi rumah B40 termasuk bujang yang membuat permohonan baru BSH 2020 boleh semak status masing-masing menerusi portal rasmi BSH.

Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 Bagi Isi Rumah & Tambahan RM480 Untuk Anak (Semak Status)

Penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun maksima 4 orang anak sahaja. Sebelum ini, kategori isi rumah telah menerima RM300 bagi fasa pertama pada bulan Januari 2020 dan pembayaran fasa kedua pula dibayar sebanyak RM200 pada 16 Mac 2020. Tahun ini, kategori tambahan telah disenaraikan dalam BSH 2020 iaitu bagi bujang berumur 40 tahun dan ke atas termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 Bagi Isi Rumah & Tambahan RM480 Untuk Anak (Semak Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang BSH 2020 Fasa Ketiga termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan semakan status :

Jumlah dan Kategori BSH Fasa 3 2020

  • Isi rumah pendapatan kurang RM2000 akan menerima BSH RM600
  • Isi rumah pendapatan antara RM2000-RM3000 akan menerima BSH RM350
  • Isi rumah pendapatan antara RM3000-RM4000 akan menerima BSH RM100
  • Bujang (40 tahun ke atas) pendapatan kurang RM2000 akan menerima BSH RM400

Penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak (bawah 18 tahun) maksima 4 orang anak.

Contoh : Isi rumah berpendapatan kurang RM2000 dengan 4 orang anak akan mendapat RM1080 (RM600 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120)

Tarikh Bayaran BSH Fasa 3

Penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020 akan menerima bayaran Fasa 3 bersama tambahan RM100 dengan RM120 untuk anak yang akan dikreditkan mulai 24 Julai 2020 secara berperingkat.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional sehingga 31 Disember 2020.

Cara Semak Status Permohonan BSH Fasa 3

1. Semakan status boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/.

2. Klik menu ‘Semakan Status Permohonan’ (Maklumat pembayaran BSH 2020).

3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad anda.

4. Isi captcha dan tekan butang ‘Semak’.

Nota : Status kelulusan BSH 2020 bagi permohonan baharu dan rayuan akan diumumkan dalam masa terdekat jangkaan pada Julai 2020. Sila ikuti laman web rasmi BSH untuk dapatkan informasi terkini.

Sebarang keterangan lanjut tentang BSH, anda boleh ke laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.

BACA JUGA : Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera & Claim Kredit RM50 eWallet

Leave a Reply