Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ 2022 Online

Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ 2022 Online. Adakah anda pelajar yang bakal melanjutkan pengajian atau sedang belajar di universiti awam dan swasta? Berita baik buat anda khususnya rakyat negeri Johor yang memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa di IPTA/ IPTS. Untuk makluman, kini ditawarkan Pinjaman Pelajaran Dalam Negeri Johor (YPJ) 2018 yang boleh dibuat secara online kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah.

Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ 2022 Online

Berikut dikongsikan adalah Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ 2018 sesi pertama yang boleh dibuat secara online di portal rasmi YPJ. Permohonan ini telah dibuka bermula daripada 21 Januari 2018 hingga 8 Februari 2018.

Permohonan Pinjaman Pelajaran YPJ 2022 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan pinjaman pelajaran YPJ termasuk syarat kelayakan, dokumen penting dan aplikasi online :

Syarat Permohonan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Antara syarat kelayakan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) adalah seperti berikut :

1. Lahir dan menetap di Johor.

2. Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.

3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.

4. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun.

5. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’.

6. Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa).

7. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan).

8. Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima.

Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran Johor Online

Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPT, boleh membuat permohonan sepanjang tahun (mengikut tarikh BUKA dan tarikh TUTUP yang ditetapkan) dengan langkah berikut :

● LANGKAH 1: Isi permohonan secara online di www.ypj.gov.my atau www.bantuanpendidikanypj.com.

● LANGKAH 2: Semak emel untuk mencetak slip permohonan.

● LANGKAH 3: Hantar slip permohonan disertakan dokumen sokongan yang diperlukan.

● LANGKAH 4: Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan).

● LANGKAH 5: Permohonan yang berjaya akan menerima surat tawaran dan satu (1) set dokumen perjanjian yang akan dihantar ke emel pemohon.

● LANGKAH 6: Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel yang diterima.

Dokumen Penting Permohonan YPJ

Berikut adalah dokumen penting yang perlu disertakan ketika membawa surat permohonan :

a) Slip permohonan

b) Salinan kad pengenalan pemohon atau ibubapa/penjaga

c) Salinan sijil kelahiran

d) Salinan surat tawaran ke IPT

e) Salinan sijil SPM atau sijil berhenti Sekolah

f) Slip gaji/ pengesahan pendapatan ibu dan bapa/ penjaga.

g) Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

h) Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan).

Semoga anda berjaya mendapat tawaran pelajaran ini secara tak langsung dapat meringankan bebanan kos pengajian anda.

Leave a Reply