Cara Menebus Internet 1GB Percuma Sehingga 24 Jam Mulai 1 Julai (PENJANA)

Cara Menebus Internet 1GB Percuma Sehingga 24 Jam Mulai 1 Julai (PENJANA). Berita baik buat rakyat Malaysia dimana pemberian internet percuma akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Untuk makluman menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi bersetuju untuk meneruskan kemudahan internet 1GB secara percuma kepada semua pengguna yang boleh diakses selama 24 jam. Akses internet percuma ini akan berkuat kuasa dari 1 Julai sehingga 31 Disember 2020 yang antara lain membolehkan pengguna melayari laman web pendidikan dan aplikasi persidangan video.

Cara Menebus Internet 1GB Percuma Sehingga 24 Jam Mulai 1 Julai (PENJANA)

Pengendali telekomunikasi tempatan yang terdiri daripada Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Bhd melalui unifi mobile, memanjangkan akses kepada penawaran Internet Produktiviti 1GB percuma. Senarai ini merangkumi aplikasi MySejahtera dan MyTrace termasuk sumber dan hotline kesihatan penting seperti Hotline CPRC, laman web Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Cara Menebus Internet 1GB Percuma Sehingga 24 Jam Mulai 1 Julai (PENJANA)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Internet Percuma 1GB termasuk memaparkan syarat kelayakan, senarai program diakses dan cara claim :

Tarikh : Mulai 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020

Syarat Kelayakan Inisiatif Internet 1GB Percuma

Semua pelanggan pascabayar dan prabayar aktif Celcom, Digi, Maxis, U Mobile and unifi mobile akan menikmati tawaran ini daripada pembekal
perkhidmatan masing-masing, melainkan mereka yang melanggan pelan data tanpa had, gentian optik dan pelan perkhidmatan jalur lebar kediaman tanpa wayar (home wireless). Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk menyemak kelayakan tawaran ini.

Senarai Aplikasi/ Perkhidmatan/ Laman Web Disediakan

Pembekal perkhidmatan juga akan terus menawarkan akses secara percuma dan tanpa had ke pelbagai aplikasi dan perkhidmatan berkaitan maklumat bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat maklumat terkini mengenai COVID-19.

Pelanggan boleh terus menikmati akses percuma tanpa had untuk aplikasi
dan perkhidmatan berikut sehingga 31 Disember 2020: Aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace, laman kesihatan dan berita seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan panggilan percuma ke talian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC).

Cara Penebusan Internet Percuma 1GB Bagi Semua Telco

Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lanjut. Berikut adalah pautan laman sesawang pihak syarikat pembekal perkhidmatan yang terlibat:

CELCOM –https://www.celcom.com.my/support/faq/personal#personal-shop-covid-19-support

DIGI – https://community.digi.com.my/t5/Let-s-Inspire/DigiCares-Enjoy-Free-1GB-for-Education-Productive-and/ba-p/76436

MAXIS – https://www.maxis.com.my/campaigns/stay-home-stay-connected/free-1gb/?_ga=2.36125033.859280807.1591502710-1470709251.1589709485&_gac=1.45812496.1591502776.EAIaIQobChMI8P_3yunu6QIV030rCh21GAyQEAAYASAAEgJHCfD_BwE

U Mobile – https://www.u.com.my/support/selfhelp/faqs/64/5753

TM – https://unifi.com.my/sites/default/files/html/assets_mobile/doc/postpaid/FAQ-Complimentary-Daily-1GB-LTE%20Pass-unifi-Mobile-Postpaid%20-Prepaid%20ver5a_30062020.pdf

Nota: Sila rujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan pautan terkini soalan-soalan lazim.

Soalan Lazim 1GB Harian Percuma Produktiviti Percuma

1. Apakah yang akan terjadi sekiranya 1GB Harian Internet Produktiviti percuma tidak habis digunakan selepas 24 jam?

Data yang tidak habis digunakan pada hari tersebut tidak boleh dibawa ke hari berikutnya.

2. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan produktiviti?

Pelanggan yang ingin mengakses video, media sosial, permainan atas talian dan muzik boleh berbuat demikian menggunakan langganan pelan data sedia ada. Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai pelan data yang ditawarkan.

Leave a Reply