Tarikh Bayaran Wang Masuk i-Lestari KWSP Bagi Julai (Bulan Ketiga)

Tarikh Bayaran Wang Masuk i-Lestari KWSP Bagi Julai (Bulan Ketiga). Panduan buat anda yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP untuk akaun kedua. Untuk makluman, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan pertama dan kedua telah dikreditkan ke akaun masing-masing mulai 4 Mei dan 1 Jun 2020. Bagi anda yang gagal dikreditkan ke akaun, pengemaskinian akaun bank perlu dibuat menerusi portal i-Lestari Online atau menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP. Bilakah tarikh bayaran i-Lestari KWSP bagi bulan Julai? Jangkaan bayaran i-Lestari KWSP bagi bulan berikutnya akan dikreditkan pada tanggal 1 hari bulan tertakluk hari bekerja.

Tarikh Bayaran Wang Masuk i-Lestari KWSP Bagi Julai (Bulan Ketiga)

Pengeluaran -Lestari adalah satu inisiatif daripada kerajaan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Bagi Ahli yang nak buat permohonan baru Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat secara online di laman i-Lestari Online sebelum atau pada 31 Mac 2021.

Tarikh Bayaran Wang Masuk i-Lestari KWSP Bagi Julai (Bulan Ketiga)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan tarikh bayaran, semakan i-Akaun, semak status i-Lestari dan cara pembayaran :

Konsep Am Pengeluaran i-Lestari KWSP

Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran.

Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

ILUSTRASI

i. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.

ii. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.

iii. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Tarikh Bayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP

Menurut maklum balas daripada KWSP, Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran satu (1) kali sahaja. Ahli akan terima bayaran i-Lestari dalam tempoh yang sama pada setiap bulan berikutnya. Bagaimanapun, bayaran ini akan diproses pada hari bekerja berikutnya sekiranya tarikh bayaran jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.

Jangkaan bayaran bulan ketiga i-Lestari KWSP akan dikreditkan pada mulai 1 Julai 2020. Sekiranya, anda tidak menerima bayaran pada 1 Julai 2020 bermakna pihak KWSP akan membuat pembayaran i-Lestari secara berperingkat.

Tarikh Bayaran Wang Masuk i-Lestari KWSP Bagi Julai (Bulan Ketiga)

Peringatan : Jadual pengeluaran i-Lestari KWSP di atas adalah sebagai panduan ahli sahaja. Tarikh yang ditunjukkan tertakluk kepada perubahan.

Artikel Berkaitan : Cara Kemaskini Maklumat Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Gagal Dikreditkan

Cara Semak Baki & Transaksi Bayaran i-Lestari KWSP

Bagi Ahli yang mempunyai i-Akaun KWSP boleh semak baki dan transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut :

  • Login i-Akaun
  • Pilih Withdrawal/Pengeluaran
  • Pilih Withdrawal History

Cara Semak Status Pengeluaran I-Lestari KWSP

  • Semakan boleh dibuat menerusi portal KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
  • Klik pada tab ‘Semak Status’.
  • Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
  • Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ dan klik pada butang semak.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang i-Lestari KWSP, Ahli boleh menghubungi melalui talian hotline KWSP 03- 8922 4848.

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan KWSP. Laman ini hanya kongsikan atau sampaikan informasi kepada umum. Sebarang kehilangan tidak dipertanggungjawabkan oleh laman myinformasi.

Leave a Reply