Semakan Status & Permohonan Rayuan BSH 2020

Semakan Status & Permohonan Rayuan BSH 2020. Bilakah tarikh rayuan Bantuan Sara Hidup tahun 2020? Panduan buat pemohon yang telah menyemak status permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020. Bertuah bagi anda yang berjaya menerima bantuan kewangan daripada kerajaan Malaysia. Bagi anda yang gagal atau ditolak permohonan BSH dimana anda boleh membuat permohonan rayuan BSH di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat Khidmat Hasil (PSH). Permohonan rayuan BSH boleh dibuat bermula pada 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Semakan Status & Permohonan Rayuan BSH 2020

Semakan Status & Permohonan Rayuan BSH 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang rayuan BSH 2020 termasuk memaparkan tarikh, cara rayuan dan semakan status :

Tarikh Rayuan BSH 2020

Rayuan BSH 2020 boleh dibuat di cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil dan Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran mulai 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020 (tertakluk pada pindaan). Tarikh dan masa pembukaan kaunter BSH 2020, rujuk Jadual Pembukaan Kaunter BSH 2020 pada portal BSH LHDNM.

Cara Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020

A. Secara Online

Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di laman web BSH LHDNM, https://bsh.hasil.gov.my.

B. Secara Manual

Bagi anda yang berstatus tidak lulus tetapi tidak dibenarkan membuat rayuan secara online, rayuan manual boleh dilakukan dengan mengisi Borang Rayuan BSH 2020 (BK-07) dan kemukakan bersama dokumen sokongan yang berkaitan ke cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Urban Transformation Centre yang berhampiran. Borang Rayuan BSH 2020 boleh dimuat turun menerusi laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my.

Nota : Permohonan rayuan yang dibenarkan secara online tidak perlu
memuatnaik (upload) dokumen sokongan. Ini kerana semakan dilakukan 100% berdasarkan data yang diterima daripada agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Semakan Status Permohonan Rayuan BSH 2020

Status permohonan Rayuan BSH 2020 boleh disemak bermula pada 16 November 2020 menerusi laman web rasmi BSH. Tarikh pembayaran Rayuan BSH 2020 adalah mulai 23 November 2020 secara pengkreditan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan. Jika tiada akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Semoga anda berjaya mendapat bantuan BSH tahun 2020.

Leave a Reply