Permohonan PISMP 2018 Program Perguruan Lepasan SPM

Permohonan PISMP 2018 Program Perguruan Lepasan SPM | Adakah anda pelajar lepasan SPM yang berminat menjadi seorang guru? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) sesi 2018 kini dibuka. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2018 di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan PISMP 2018 Program Perguruan Lepasan SPM

Permohonan IPG 2018 PISMP ini boleh dibuat secara atas talian (online) bermula 13 Mac 2018 sehingga 28 Mac 2018. Sebelum anda membuat permohonan, anda perlulah tahu terlebih dahulu syarat kelayakan permohonan IPG bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Permohonan PISMP 2018 Program Perguruan Lepasan SPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan PISMP 2018 termasuk syarat kelayakan dan aplikasi permohonan online :

Syarat Kelayakan Permohonan IPG 2018

Syarat-syarat dan kelayakan asas adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.

2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018.

3. Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.

4. Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

5. Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

6. Lulus Bahasa Inggeris.

7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Cara Permohonan PISMP 2018 Online Lepasan SPM

Berikut adalah cara atau panduan Permohonan PISMP 2018 secara online bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan :

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my

2. Permohonan boleh dibuat bermula daripada 13 Mac sehingga 28 Mac 2018.

3. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.

4. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

5. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.

6. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima rujukan.

7. Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.

Permohonan PISMP 2018 Program Perguruan Lepasan SPM

Untuk keterangan lanjut layari ke laman sesawang di https://pismp.moe.gov.my atau hubungi di talian 03-83126720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758.

Selamat membuat Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2018 secara online. Semoga tawaran permohonan anda berjaya.

Leave a Reply